Oct 29, 2009

11 hari senyap...

since korang dah tahu blog aku....
k find apa yang aku tulis tu memang luahan hati aku. tapi salah ke kalau luahkan dekat blog ke dekat cermin ke, dekat teddy bear ke... salah ke????? if u know me better u guys tahu perangai aku macam mana. aku tak reti nak marah orang and aku tak reti nak lepaskan dekat orang. so that aku buat blog... sebab aku nak ganti diary aku. itu pun salah ke... bila fikir balik kecanggihan teknologi ni mampu buat orang bergaduh, baik tulis manual. dah confirm-confirm tak ada sapa yang dapat baca. tapi aku tak fahamlah... ni hanyalah blog aku. aku bukannya buat ni semata-mata nak menipu ke, nak buat tahi ke or jadi hipokrit. ini hanyalh blog tempat aku luahkan segal-galanya masalah aku. supposed kalau korang dah tahu blog aku and dah baca apa yang aku tulis korang diam je n still perbaiki relationship or try tanya aku ke, cakap dengan aku ke.bukannya terus-terus nak serang aku. lagi pun semua apayang tertulis dekat blog aku dah lama. aku pun still jumpe korang. kalau aku ni jenis yang jahat sangat dimata korang baik aku terus bla je. buat apa aku nak kawan dengan korang lagi. ini korang nampak sendirilah. gambar korang masih ada lagi dalam bilik aku. jangan kata memori hanya seperti angin melayang dan akan hilang. bagi aku semua memori sahabat aku hanya dalam ingatan sampai aku mati. memori mana boleh hilang sebab benda tu korang dah laluinya. tak boleh hilang tapi boleh terlupa. so macam tu jugak aku dengan korang. aku nak kawan dengan semua orang. janganlah anggap apa yang aku cakap tu sampai nak putus kawan. aku tak rasa aku salah sebab tulis macam tu sebab itu hanya aku punya luahan, memanglah perasaan marah macam-macam boleh kata. tapi bagi aku itu cuma sekejap je. bukannya tempat aku untuk berdendam dan bermusuh. aku pun still tak rasa nak mintak maaf atas apa yang aku dah tulis dalam blog ni. cuma aku mintak maaf sekiranya korang tersinggung bila baca blog aku. so sekarang ni it's depends on korang samada still nak kawan lagi dengan aku atau tidak. sebab semuanya tak boleh dipaksa. kalau korang boleh maafkan aku n still nak kawan dengan aku, aku terima. tapi kalau dah tak nak aku tak boleh nak cakap apa n paksa. tapi ingat satu je... jangan lupa memori aku dengan korang atau sesiapa sahaja sebab memori itu suatu yang indah walaupun ianya kesedihan atau kegembiraan.
SEKIAN

Oct 18, 2009

changed mood!!!! (marah => romantik)

saya suka sangat cerita CINTA... tambah lagi kalau cerita tu dari korea, hong kong, taiwan, indonesia atau filipina.. oooowwww... suka-suka sangat-sangat.. saya tak tahu lah kenapa lelaki dekat sana (tak tahulah sama ada hanya dalam movie atau drama sahaja) sangatlah romantik. eventhough dorang kasar tapi still lagi nampak romantik... contohnya macam cerita full house (korea), princees hours (korea) n sanay wala nang wakas (filipina) meteor garden (taiwan) ooo.. RAIN, JO JEE HOON, DIETER OCAMPO n JERRY YEN sangatlah berjiwa romantik... tak tahu lah kenapa tiba-tiba saya cerita pasal benda ni... kelakarkan... bagi saya dekat malaysia susah nak jumpa lelaki macam tu... dalam cerita ni semua hero dia malu nak luahkan isi hati tapi dorang meluahkan melalui perbuatan. ntahlah walaumacam mana pun saya suka lah... HEHEHEHE!!!!!...... ni nak cerita sikit apa yang saya idamkan n ciri-ciri lelaki idaman saya (rasa-rasanya dapat tak) :-
  • chinese look
  • romantik
  • suka buat surprise (suprise yang bagus lah)
  • independent
  • jujur
  • berkejaya
  • berduit (bukan materialistik tapi duit mmg diperlukan oleh sesiapa sahaja dan dimana pun)
  • pandai ambil hati
  • cemburu (janganlah sampai teruk sangat, asalkan jeolous sikitlah itu maknanya dia syg kat kita)
  • faham dengan diri saya (faham-faham sendirilah, alert atau peka dengan perbuatan, percakapan atau apa-apa sahaja pasal GF dia lor)
  • mudah bergaul dengan keluarga saya (sebabnya saya sayang keluarga saya)
  • tak suka kongkong
  • pandai buat saya ketawa
  • pandai buat keputusan
  • jangan bagi saya titiskan air mata

itulah cirinya.... ntahlah... selalunya orang kata kalau apa yang kita impikan, tak kan dapat.. so berserah jelah pada ALLAH s.w.t.. kita hanya merancang tuhan yang menentukan.

skrip!!! SKRIP!!!!skrip!!!!


ari khamis ari tu meeting.. macam biasa lor everyweek mesti ada meeting... oooo!!! kali ni memang panas sangat-sangat, sampai saya nangis. hopefully xada sapa yang perasaan. eiii!!! come on lah orang lama be more responsibility to your worked... eventhough both of u are busy with your hubby n your baby and one more is really-really busy with ur scandal or whatever it is. just be responsibility... dont make the other staff being angry with u guys... just ikut je lah apa yang dah bagi tahu masa meeting yang lepas. janganlah sampai korang berdua yang lambat, lepas tu kami berdua pulak yang kena marah just because tak keluarkan satu episod pun lagi for this month. oooo... shit!!!! WTF.... i know sometimes work in pressure or last minute is good and we can gain more experince but it's not in this way.. orang lain punya salah, tapi orang lain pulak yang kena... i hate all the "orang lama" staff which is everyone in this off are hypocrite...

Oct 10, 2009

setelah sekian lama



agak lama juga kami tidak bertemu.. akhirnya kami jumpa dekat open house rumah didi... ok je.. rindu jugak lah dengan dua orang budak DIJ ni... walaupun banyak perselisihan faham diantara kami akhir-akhir ni.. tapi tetap ok k... semuanya dah lepas.. xada simpan lagi dalam hati.... ni bila lak nak jumpa lagikan. masing-masing dah busy lor....
THANKS TO DIDI COZ INVITE ME TO UR OPEN HOUSE. N THANKS TO KAKA BUAT MEE REBUS UNTUK SAYA DATANG TADI... THANKS LOR...

friday nite






dah lepas settle semua kerja dengan, saya,efy,topek n alma gie jalan-jalan. actually dorang plan nak tengok wayang kat MBO je tapi terus cancel yek.. sekali lagi topek diapit dengan 3 gadis.. hehehe...


saya dan efy tunggu topek kat umah efy, lepas tu terus gie amik alma dekat sri gombak... WAH!!!! tiba-tiba saya macam rindu dekat rumah lama saya yek... sekali dah sampai dekat rumah aunty alma, kami borak-borak n duduk-duduk jap. lepas tu baru gerak gie the curve.. sebab efy first time nak gi cineleisure so kami pun terus tengok cita PAPADOM..


  • PAPADOM nice movie.. simple movie.. n kelakar sangat sedih jugak lor walaupun saya tak boleh nangis malam tu. tapi saya tak tahulah macam mana kalau saya dapat papa macam SAADOM dalam cerita ni... dia seorang yang sangat sayangkan anak dia... mungkin sekarang ni saya tak rasa apa, tapi mungkin satu hari nanti saya akan merasainya apabila saya dah kahwin n ada anak... (WOW!!! fara cita pasal kahwin n anak... gila lah fara hehehehe....)apa yang penting saya sayang BABA caya, MAMA caya n adik saya. prinsip hidup saya:-

    ALLAH for sure semua umat islam sayang akaNYA
  • so yang pertama family saya
  • kawan-kawan saya
  • barulah kekasih hati saya

lepas dah tengok movie, semua lapar k... kami decide nak makan kat subway JJAU2. so makanlah.. tapi sampai-sampai subway dah nak tutup. tapi sempat lagi beli makan.. n lepak sambil borak-borak... perut saya sungguh kenyang yek malam itu... tapi tahan jelah.. so makan n thanks to you alma coz belanja kami semua... nanti bagi peluang fara lak belanja alma k.....




so saya pun dah ngantuk n topek hantar balik rumah. dalam pada tu topek ada buka satu topik yang buat saya berfikir dan sangat menarik minat saya untuk berfikir iaitu CINTA...




post dia di page seterusnya k....

tak lupa juga takziah buat nenek daz yang meninggal semalam

al-fatihah

p/s :- sowie efy saya save gmbr tu dar blog awak...

Ms efy FIATY Kamal

efy fiaty kamal
sangat cerewet
tidak romantik
sangat caring
baik hati
pendorong untuk cik nor farahana (hehehe)
perlu sentiasa di motivate untuk diri sendiri
simple girl but always wanna be hot in here girl ( u always hot... babe)
lambat bertindak n as usual dorang cakap efy bla (tapi saya tak setuju)

efy OH efy.... tiba-tiba tak tahu nak cerita apa lak kan. so kita mula dengan semalam saya teman efy pergi sports planet ampang, sebab dia nak tengok aniep main futsal and at the same time dia nak tgk (perempuan itu) dan (diam-diam) so sad tak dpt jumpe lor....
actually i'm proud of u efy, because this year u change a lot for ur relationship with aniep.. so that mean u really love him now... setelah berapa tahun yek couple. oopppss sowie dear tak igt lor 3 tahun yek... for example :-
  • awak bagi dia cup cakes for his birthday (suprise)
  • awak bawak dia gie open house rumah cousin awak n umah su
  • awak gie tgk dia main futsal (tapi kecewa)

walaumacam mana pun, saya tetap sokong awak... macam awak kata cinta perlukan pengorbanan. mungkin inilah masa awak tunjukkan pengorbanan awak dekat aniep yang awak betul-betul sayang kat dia n awak dah ready choose him as ur MR RIGHT... fara rasalah...

mungkin betul gak kata topek, lelaki lambat fikir n perasan apa yang gf dia buat kat dia. tapi kita just tunggu dan lihatlah...

lagi satu, saya pun tak sure samada awak gie sports planet tu sebab nak tengok aniep main futsal or awak nak tengok dua orang perempuan yang LOSSER tu.. kalau saya sambil menyelam minum air lor.. saya suka tengok bf saya main futsal, itupun kalau dia ajak n saya suka gak nak tgk perempuan mana yang nak tackle bf saya hehehe.... mungkin sama dengan awak kot....

so ini dah dua kali awak bagi suprise kat aniep lor konon-konon ye lah... tapi awak yang kecewa balik. so kali ketiga awak buat suprise untuk dia lagi tapi still aniep wat bodoh je n tak hargai so abaikan jelah.. awak just go on ngan diri awak yang dulu k..

but i wish both of u always happy, n sampai ke jinjang pelamin n sehingga ke akhir hayat... insyallah... amin....

Oct 9, 2009

me n daz a.k.a mama juwie

me n topek



me n efy


ladies at hnj Pic



hnj pic crew



me, kak nor n kak elly


me, kak elly, abg bella n daz

open house hnj pictuRES

6/10/09
selasa
12-5 petang
hari selasa hari tu, off saya buat open house... ramai gak lah orang... makanan pun ok je... sampai dah tak lalu makan... so ok lor... first time keje, dapat sambut open house dengan crew off... ok je... tak banyak sangat benda na cerita.. sebab ramai gak lah orang yang saya tak kenal... mungkin sebab saya baru je masuk keje. so bila duduk dekat dengan kak elly tu mulalah, saya tanya kak elly ni sapa??? lepas tu kak elly pun jawab... so ok lor have fun... and yang penting kami semua tangkap gambar bagai nak rak k....
pictures di post yang seterusnya k...

Oct 7, 2009

gemuk!!!! gemuk!!! gemuk!!!

xsuke...xsuke..xsuke...
sakit hati saya, minggu lepas banyak betul open house. rumah cousin, rumah aunty, rumah kawan.. open house office lagi... hisy!!!! banyak berjalan banyak makan. masa mula-mula datang tu leh lah control lagi... tapi masalahnya sekarang orang yang suruh saya makan. siap amik kan makanan lagi untuk saya... cousin and aunty saya tak suka tengok saya tak makan. dorang kata ni, bukan fara yang dulu. dorang nak fara yang dulu yang suka makan n tak control sangat... macam dulu saya makan je tapi adalah juga pandai-pandai limit makan tu. tapi sekarang ni kadang-kadang saya langsung tak makan. that why my cousin n my aunty suruh saya makan. n tak bagi saya nak diet-diet ni... pelik betul... (dorang kata mana ada kak fara a.k.a fara gemuk. biasa je, kalau gemuk tu ha!!! macam syanie tu...) itulah ayat-ayat yang my aunty n my cousin selalu cakap dengan saya. saya pun just smile...
walaumacam mana pun, saya pun kena cotrol makan gak. lepas makan rehat jap lepas tu menari... aduyai!!! penat lor... nak kena control makan ni. saya rasa, orang yang diet ni macam tak dapat nak nikmati makan tu puas-puas. tapi nak buat macam manakan. nak cantik n tak nak kena kutuk. ramai perempuan plus size ni diet supaya confidence level tinggi...
well...welll...well.. i'll try my best untuk tak jadi kurus sangat n gemuk sangat k... wish me luck everyone...

Oct 3, 2009

pixie CHILL OUT!!!!













chill out!!!

walaupun petang tu saya penat sebab beli barang untuk hnj pictures open house dekat carefour n masjid india. tapi masa untuk chill out wit my cousin masih lagi diteruskan... mula-mula plan nak tengok wayang kat PAVI tapi tak jadi. so kami pun terus plan tengok dekat cineleisure a.k.a E CURVE now...
mula-mula EMY amik saya dan adik saya dirumah. since mama n baba saya pun tak ada , kami pun plan nak join the chill out with my cousin. so dia maik dalam kul 9.30 macam tu lor. macam biasa sebelum keluar kami bertiga snap pic... so semuanya poss lor...
lepas tu kami pun terus amik abg mi dekat pandah indah... lepas amik dia terus shot gie PAVI amik kak nina lak... sebab dia habis keje kul 10. masa otw tu kami bereempat macam nak pecah kereta lah kan. semuanya ktawa bagai nak rak... biasalah abg mi memang suka wat lawak. sama gak ngan emy...
dah sampai PAVI. kami amik acu then terus gi E CURVE nak tengok movie.... tambah lagi dengan kak nina, kali ni kereta tu macam nak terbalik lak kan. semuanya bising. radio pun dah tak dengar...
sampai je dekat E CURVE kami semua dicide nak tengok cite gamer tapi pukul 2. so kak nina cakap macam dah lewat sangat. so tukar cerita nak tengok movie tsunami. again yek saya akan tengok. tapi tak jadi juga sebab duduk bawah sekali. then semuanya sepakat membawa berkat. kami semua tengok movie G FORCE...
movie dia kul 11.15. so terus masuklah... ramai gak orang yang tengok... G force comel sangat. kelakar lak tu. ok lor cerita dia. semua gelak bagai nak rak kan... so bila balik semua pipi tembam... asyik ketawa je..
G FORCE
darwin, blaster, juarez, speckles n hurley
dah lepas tengok movie tu, kami semua gi kedai uncel saya. semua lapar... masa dalam wayang makan pop corn tak nak macam makan nasi lak kan.. so semua kebulur.. sampai je terus order makan. semua order wester. sedap rasanya dapat makan. sambil makan, sambil borak, samapilah dekat kul 3 pagi. THANK TO MY UNCLE AYAH CHO SEBAB BAGI KAMI MAKAN FREE OF CHARGE... thank you.... semua mata dah kuyu, bila nak balik kereta kami macam dah jadi lorong kecik yek. sebab ijul tumpang sekali. so dorang hantar saya dan adik saya dulu. lepas tu baru hantar kak nina n abg mi.
so hari jumaat 2/10/09. memang best gile... dah lama kami tak hang out bersama samapi sok paginya... best lah... saya tak dapat lupakan malam tu... hopefully ada lagi peluang untuk hang out bersama.
YAY!!!!!!!!!!!!

magazine!!!!. magazine!!!magazine!!!!


i love magazine

saya selalunya habiskan duit dekat magazine. kalau tak shopping, tengok wayang mesti habiskan dengan beli magazine. actually i love reading... salah satu hobi saya. daripada sekolah rendah lagi saya suka beli magazine. tapi magazine yang saya beli ialah :-
  • cleo
  • galaxie
  • cosmopolitan
  • seventeen
  • remaja
  • eh!
  • glam

suka sangat beli magazine.. sampai dah bertimbun dekat rumah. nak jual sayang. tapi akhirnya jual jugak sebab mama bising banyak sangat dekat dalam rak buku. kenapa saya suka baca magazine :-

  1. love fashion
  2. branded stuff
  3. dress up artis
  4. tips
  5. sometimes ada bagi brg or tiket fee
  6. horoskop
  7. story
  8. love reading

tapi saya tak suka gosip, kadang-kadang tu tak amik tahu langsung. bila orang cerita baru dengar. tapi adalah soft gossip yang biasa-biasa je... apa yang penting saya suka baca magazine.. bukan magazine je tapi story pun saya suka baca. kalau nak senaraikan novel yang saya baca agak banyak sangat tapi favourite penulis is :-

  • ahadiat aqasha
  • nurhayati ibrahim
  • ayu emelda
  • meg cabot
  • neels

masa yang lapang akan saya habiskan dengan membaca magazine... YAY!!!!!

PENAT GILER!!!!

KLS CREW vs HNJ PICTURES?????


jurnal kami for the last minute work... open house HNJ pictures

11.00 - saya dan efy ke jalan kenanga untuk cari barang perhiasan raya
11.30 - gerak ke masjid india
11.45 - sampai ke masjid india dan parking
12.00 - jalan kaki dari jalan tunku abdul rahman, smapai ke masjid india.
12.15 - kedai pertama ditepi jalan untuk cari ketupat dan ucapan selamat hari raya lepas tu kami gi sampai 2 buah mydin tapi still tak jumpe. n then saya kami masuk satu super market ni apa ntah nama dia, tapi lebih kurang macam mydin juga lor.. masih lagi tak jumpe. lepas tu masuk semua house. tapi tak ada juga barang yang kami kena cari.lepas tu kami berdua dah putus asa. tapi dengan ringan mulut efy, kami masuk satu kedai bunga dan reben. ALHAMDULLILAH ada barang tu tapi ketupat dia dah nak habis so kami beli jelah...
12.30 - saya dengan efy pun balik then nak singgah mkn mc d kat ampang point.
1.00 - sampai kat ampang point, makan kat mc d.... sedapnya sebab kami berdua sangat lapar.
2.00 - masuk popular cari buku pelawat untuk en rahim.
2.40 - gerak balik off dengan rasa seronok sebab barang yang diminta ada. so kami pun denga harapan yang kerja kami dah settle.
3.00 - sampai off.
3.15 - rehat jap
3.30 - meeting untuk open house hnj pictures.
(dengan muka yang sangat kecewa, saya dengan efy again yek diberi tugasan untuk mencari barang, buat printing n tempah bingkai untuk autograf..)
5.00 - pergi beli mountin board n tempah bingkai frame gambar
5.15 - gerak gie carefour
5.30 - sampai dengan agak pantas kami berdua terus cari barang :-


kami berdua sempat lagi beli ais krim sundae cornetto chocolate... sedapnya!!!

  • reben
  • buat sticker
    cari double sider tape
  • marker gold n silver
  • cari kuih raya

  • lega gile dapat makan ais cream. lagi satu benda yang buat saya marah ialah dengan pusat maxis tu. saya punya no dah kena bar. lepas tu bukak maxis tapi tak ada tempat bayar payment. cina kedai tu kata payment punya tempat buka dalam masa 10 hari... WTF***... panas gile rasanyta hati... tapi sabar je lor...


    6.30 - dua-dua pulang kerumah.....


    the best part is kami berdua berjaya mencari barang dengan pantas dan dalam masa last minute... YAY!!!! congratulation FARA n EFY.....


    to miss efy fiaty kamal :-

    rasa-rasanya kita boleh jadi part of crew KLS tak

    hehehehe

    SEBULAN!!!!!!

    2 OKTOBER 2009


    2/10/09....... sebulah dah saya dengan MY TODD. so far kami berdua ok je.. i'll try my best to love him so much... just wait k dear... macam mana yek nak cakap.. kami berdua ok jelah.. maklumlah baru sebulankan.. masihh segan silu lagi lor, saya dengan MY TODD. tak tahulah kenapa... tapi walau macam mana pun, ramai yang support saya untuk teruskan perhubungan kami berdua.. so saya terima and saya akan cuba k... buat masa sekarang ni sayang tu mestilah adakan. kalau dah tiap-tiap hari msg n call, mestilah ada sikit suka tu. tapi belum sepenuhnya rasa cinta tu hadir.. tapi MY TODD jangan risau k.. lama-lama dia datang gak. harap sangat MY TODD yang baru ni tak macam yang dulu-dulu k... just prove it to me dear.. so hopefully doakanlah saya suka kat MY TODD k...


    HAPPY ANNIVERSARY DEAR....

    Sekolah Kebangsaan Seksyen 18

    30/09/09
    RABU
    first shooting lepas sebulan kot berehat masa bulan puasa. hati masih lagi lemau nak gie shooting tapi saya teruskan jugak. sebab dah nama pun kejekan... so FARA cha yok!!!!cha yok!!!! kali ni cameraman saya TOPEK. efy dengan Daz. tiba-tiba rasa segan lak ngan Topek tak tahu kenapa lor... kelakar lah pulak... tapi just wat tak tahu je. go on jelah... kami tak nak sesat lak kan pergi sekolah tu.. tengok-tengok dah sampai ke bukit raja... tapi pakai jalan je akhirnya jumpa jugak..



    kenang kembali!!!
    suka kot saya tengok kerenah murid-murid kat sekolah tu. sebab sekolah tu sekolah rendah so budak-budak dia comel sangat.. rasa geram gile... so macam syok sendiri lak kan. lepas tu tiba-tiba je saya teringat zaman sekolah saya. yang banyak hal masa kecik. tak suka gie sekolah. tapi bila dah sampai sekolah memang sayalah yang pandai sekali. SAYA SUKA SANGAT ZAMAN SEKOLAH RENDAH SAYA!!!!! lepas tu topek lak asyik tanya je, lagilah saya teringatkan.. saya malas nak cite lebih-lebih sebab saya dah cita dekat pos yang lepas. so kalau nak tahu carilah dekat pos yang lepas k...