Aug 27, 2009

i'm sick....

i'm sick
i'm tired
i'm confused
i'm not in the mood

ni yang saya tak suka ni, balik je outstation saya demam teruk gile... first time saya punya demam tinggi n tonser saya bengkak sampai semua mulut dah putih.. takut pun ada gak. tapi saya kira kuat gaklah, doc cakap ada setengah orang memang dah tak boleh bangun langsung. doc tu suruh saya operation untuk buang tonser saya. tapi saya tak nak takut lor...


dalam pada tu, saya takulah dengan virus-virus yang tersebar sekarang ni iaitu H1N1



saya agak takut dengan kondisi sakit saya ni. maklumlah kalau dah kena tak boleh buat apa-apakan. so hopefully saya tak ada apa-apa yek. ahad ni gi heck up balik. kalau dmm lagi maknanya memang quarantin betullahkan.. kalau dah tak dmm lagi maksdunya alhamdullilah. so cepat-cepatlah pulihkan virus ni.

second OUTSTATION!!!!

kali ni saya tak buat jurnal yek coz second outstation ni macam malas sikit nak pergi so saya ceritakan sikitlah yek....
17/8/09 - 22/8/09
kali ni yang pergi outstation saya, efy fiaty kamal, dazrin dan crew baru di HNJ PICTURES iaitu taufik a.k.a topek... masa mula-mula dapat tahu yang topek follow kami gi outstation saya dan efy rasa takut jugaklah sebab dia baru. tapi kami just yakin yang topek boleh buat. so kami pun gerak dari KL dalam tengah hari macam tulah n sampai je terus cari sekolah. sekolah yang kami pergi ialah SMK Ulu Kinta, SMK Tambun, SMK Anderson, SMK Raja Perempuan dan SK Rapat setia yang akhirnya cancel gara-gara virus H1N1. then dah cari semua kami terus check in di sun inn hotel. dekat tambun ni tempat dia ala-ala macam sunway lah.
lepas tu macam biasa shooting esoknya, saya dengan daz n efy dengan topek. alhamdullilah segalanya berjalan lancar. shooting tak ada masalah. cikgu-cikgu bagi kerjasama dengan baik. tapi kali ni yang banyak bagi masalah dekat kami ialah dengan guru besarnya. AAIYOOO!!!! banyak cerewet lor.. ada yang dah tua n ada yang dah tua tapi tak kahwin lagi. that why emo semacamkan anak dara tua lah katakan. oppsss... sorrylah kepada cikgu tu yek... n the best part is saya bawak balik kawan-kawan saya ke kempung saya. hopefully korang gembira di kampung saya yek. maklumlah nama pun kampung. n itulah tempat saya bermain dan menghabiskan masa bersama seluruh keluarga dan arwah opah saya.
2 hari berlalu dikawasan tambun dan kami tukar hotel duk kat hotel Lucky. memang lucky coz bilik dia besar jugaklah. so banyak habiskan masa dalam bilik je... sakit hati pergi ipoh ni, satu coz signboard dia macam merapu sikit. lepas tu jalan semua sehala. kami banyak kali sesat. dah berkali ulang alik pun masih sesat lagi. hai tension... bukan je daz,efy n topek yang tension. saya ni ha... yang orang perak ni pun amat berdukacita dengan negeri sendiri. kepada MENTERI BESAR PERAK ZAMBRI tolonglah mengambil sedikit inisiatif kepada pelancong-pelancong yang ingin melawat ke negeri anda.
kami mengalami masalah pada hari khamis kerana sekolah di SK Rapat Setia tak ada murid coz gara-gara virus H1N1. so murid-murid kat sekolah tu sikit je. n kami pun tak nak amik risiko shooting kat sekolah tu. so hari khamis tu paling membosankan sampai dah tak ada life kami di ipoh asyik-asyik sesat. makan pun banyak fastfood coz saya sendiri tak tahu mana nak bawak makan kat mana. so saya amat berdukacita dan meminta maaf kepada cik efy fiaty kamal, en dazrin abdul malek dan en taufik abdullah kerana tidak dapat membawa anda berjalan-jalan di sekitar ipoh...
habis je shooting hari jumaat tu, apa lagi kami terus ke penang untuk membuat kejutan kepada reezal coz besoknya hari jadi dia. tapi macam biasalah nak buat surprise kat reezal mesti tak jadikan coz dia sentiasa lambat itulah trademark reezal tak pernah punctual. sampai je penang kami tunggu reezal dekat sejam setengah gaklah dekat queensbay. oooo!!! tak nak sakit punggungku... macam biasa saya kalau dah sampai dekat queensbay ni kena tahanlah sikit perasaankan sebab tengok laut.. sakit mata tahan air mata nanti kang tak pasal daz dengan topek pelikkan. untuk efy tu tak apa dia memang dah tahu dah kan. BETUL TAK EFY FIATY KAMAL. sampai je reezal kami terus check in dekat anggerik lodging. hebat kot ni lagi sekali pengalaman saya tinggal di hotel one way dengan efy. so terima jelah asalkan leh tido k. kami semua pi kena nasi kandar n again n again saya borong CD korean dekat night market. oklah tu... akhirnya saya dapat makan nasi kandar beratur (beratuq). tengah daz n topek beratuq saya terpandang sorang mamat ni comel siut ala-ala cina n ala-ala lembut tapi macam budak kecik sikitlah. wow!!! dia tak nak rapat lak kan dengan adik dia. oklah tu.. ceh... sempat lagi cuci mata lor... dah kenyang kami smeua pun balik semula ke hotel n pukul 4 kami bangun n gie makan nasi kandar untuk sahur. 2 kedai kami pergi dua-dua kedai tutup yek. thanks to you syed azreezal. so kami pun just sahur dekat restoran ni apa tah nama dia dah lupa (mustaffa kot) hehehe.... sowie... dah sahur balik tido.
esoknya kami ready untuk pulang ke KL. before that kami hantar efy balik rumah dia coz dia tinggal. lepas tu terus shot balik KL. happy sangat coz dapat buka puasa dengan baba saya, mama saya n adik saya... kalau tak inilah kali pertama saya tak sahur n buka puasa dengan dorang... mesti saya sedih... sob...sob...
so ni jelah cerita saya semasa saya pergi outstation di perak.... cukuplah tu yek... so the next outstation coming soon or saya dah tak nak pergi lor.. sangat-sangat penat...
BABAI!!!!!!

Aug 10, 2009

Dazrin ABDul Malek

VS

dazrin kucing

COMEI TAK???

nilah gelagat en dazrin ni... hari ni dia mencipta sejarah selepas 3 tahun saya kawan dengan dia, dia boleh nangis pasal kucing dia mati... the best part is kalau dah bertahun-tahun belanya tak apalah. sedih!!! coz saya pun pernah nangis sebab kucing saya mati tapi saya tengok dia membesar daripada kecik sampailah besar. ni daz baru je bela. tapi takpelah memang sedih-sedih kadang-kadang kalau kita sayang satu benda yang tak bernyawa atau bernyawa. lebih kurang jugaklah macam saya patung katak saya patah kaki pun saya nangis. bukan tu je, patung katak saya koyak badan dia pun saya nangis. so maknanya air mata memang tak boleh elakkan. tak kira jantina lelaki atau pun perempuan. tapi bila fikir-fikr balik, saya macam nak jadi kucing tu sebab daz yang panas baran ni boleh nangis sebab kucing tu... tak nak saya touchingkan. mula-mula ingat dia gaduh dengan lene ke, ngan family dia ke tapi rupa-rupanya lain lak. memang tak pernah terdetik dalam kepala pun reason kenapa dia nangis. tu jelah benda yang gelikan hati saya.... opsss!! lagi satu terima kasihlah daz buat saya dengan cik efy ni risau gak lah kan.. terutama efy... maklumlah dia kan suke (ehem...ehem...) sowie efy... takpe saya je tahu..

p/s : sowie daz.. fara just sedih gak untuk daz. nak cakap takziah dia bukan orang tapi still benda bernyawa. so just carilah kucing baru sebagai penawar hatimu... YAY!!!

Aug 5, 2009

saksikan gelagat kami di PAHANG!!!

YAY!!! LaST Day..

TIME: 6.30 AM
DATE:24/7/09
PLACE: SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SERI PELINDUNG
WAKE UP..... BANGUN..... WAKE UP....
kali ni bila saya bangun seronok sikit sebab hari terakhir. so excited menjelma.. then macam biasalah saya siap dulu n kali ni efy terbangun lambat sikit n dia pun kelam kabut. sowie efy... fara dah gerak tapi efy tak bangun so fara pun diam jelah. saya yang reti pulak kan gerak orang bangun tido. itulah satu perkara yang saya takut nak buat. sebab selalunya kalau orang yang tengah tido dia akan cepat marah coz ganggu dia tidokan so that why lah saya takut nak kejutkan orang. so jumpalah di lobby breakfast di hotel n go to the last location iaitu smteknik seri pelindung....
DI SEKOLAH
sampai je disekolah kami terus ke pejabat. saya dengan en jack n efy dengan dazrin. sampai je dekat sekolah tu kami macam tetamu tak diundang. agaknya pengetua sekolah tu mesti marah ngan saya yek coz nak juga shooting kat sekolah dia walaupun dia tak bagi. nak buat macam mana orang nak famouskan sekolah dia tak nak. peliklah manusia ni. macam-macam pe'el.... tapi saya teruskan juga shooting dengan cikgu zaidee saya. ok lor dia best sangat n sporting. dia ajar servis kenderaan. yang bestnya saya masuk bengkel dah lah bengkel dia macam fast n furious kan. so saya pun poyolah nak jadi macam megax foxx gadis kereta hehehehe... (ada hati badan saya pun double size ngan badan dia - musnah harapan) takpe masih lagi teruskan shooting n saya seronok sangat sebab inilah matapelajaran yang interesting gilekan. so ada buat interview ngan guru n murid. yang best part ye en jack leh interview tak pakai headphone hebat tak bos saya gilelah HNJ.. dia kata ok so saya pun tak dengar lagi audio dia. so hopefully okaylah. bila dah habis saya akan sambung petang tu dengan ragbi. saya dahlah suka rugby ni coz badan dorang besar n mantap wah melampau yek otakku.. tiba-tiba. JENG...JENG...JENG.... =>
QATAKKU
Qatakku msg dia kata dia nak jumpa saya. saya memang tak ada plan nak jumpa dia coz selalunya kalau plan mesti tak jadikan. tengok-tengok dia dah nak otw gi sekolah tu. saya kata tak yah tunggu saya kat hotel, dia pun kata ok.. patutlah saya lepas habis tu tak sedap hati n mulalah nak membuangkan saham saya yang sangat banyak didalam perutkan. so saya pun ok je. perasaan masa tu tak tahulah happy ke sedih ke, so kita tunggu jelah apa yang nak berlaku k.
BALIK HOTEL
balik je hotel, saya siap-sipa nak jumpa Qatakku. hati tak nak berdebar-debarkan. so just go on jelah. efy ready untuk gi makan dengan dorang n saya tak ikut.
60 MINIT BERSAMA QATAKKU
WOW!!! rindunya dengan Qatakku. masa jumpa nak tu rasa macam nak kiss nak hug semua adalah. tapi nak wat macam mana saya perlu menyedari kedudukan saya dengan dia. tapi kalau setengah orang dia kira apa yek. tapi macam saya, saya ada sifat takut sedikit. lepas tu saya pandang je muka dia. sebab saya tekad macam nak settlekan keadaan yang saya nantikan masa dulu. so beranikan dirilah. daripada awal sampai saya turun je kereta saya paandang mata dia sebab saya nak tahu apa perasaan dia dekat saya. (pasal ni diakhir rancangan k) so dia bawak saya gi megamall nak makan. tapi dia kata tak leh lama coz dia ada meeting pukul 2. then kami pun menghabiskan masa selama 30 minit didalam kereta di parking. hebat tak.. masa tu semuanya dah terjawab.
ara: kita macam mana
Qatakku: kita macam ni, kita merancang tuhan yang tentukan
ara: kalau kita nak merancang tapi masih tak ada jawapan macam mana nak jadi
Qatakku: (diam seribu bahasa)
ara: awak anggap ara ni sapa
Qatakku: kekasihlah sayang
ara: so..
Qatakku: (dia macam naik angin jugaklah.)
so saya pun tak tahu nak jadi apakan. sakit hati jugaklah time tengah jumpa tu kawan dia ada kat situlah n kawan dia call lah. bengang je. rasa macam nak turun dari kereta n balik. nasib baik kat kuatan kalau kat kl dah lama dah leh buat macam tu. dia pun macam dah bosan saya suruh dia hantar balik n di hantar saya balik. masa nak ke hotel tu dia pegang tangan saya. tapi tak tahu apa maknanya. sampai je hotel dia macam give up. n saya harapkan yang dia akan tarik tangan saya tapi tidak.sedihnya!!! (mata dia saya tak nampak Qatakku cintakan saya seperti dulu 1 tahun yang lepas. mata dia macam berbelah bagi n macam-macam dia fikirkan n dia keliru itulah yang saya nampak dekat mata dia.) tapi sebelum turun saya bagi last kiss (i now Qatakku akan ingat kiss saya sampai bila2 bcoz itu first kiss saya n last kiss saya untuk Qatakku.) sebab sebelum ni saya tak layan sangat kat dia. ayat terakhir dari saya
ara: awak pikirlah apa yang awak nak, ara tak suka share n ara dah penat. bila dah pikir bagilah ara jawapan . ara terima dengan redha.
saya pun terus turun n naik bilik.
DALAM BILIK
Saya tak tahu kenapa saya tak nangis tapi coklat still makan. so kuatkan jelah semangat tu yek.
PETANG DI SMTEKNIK SERI PELINDUNG
Saya ada penggambaran terakhir untuk rugbi. macam biasa en jack cameraman saya n jalankan tanggungjawabnya. penat lol... tapi best sebab dah nak balik kl. so saya mengucapkan kepada cikgu zaidee yang amat sporting..
SINGGAH SEBENTAR DI TELOK CEMPEDAK a.k.a TELOK TEMPOYAK (EFY)
WAH!!!cantiknya.. maklumlah saya ni suka laut. the best part is mc donald dia tepi pantai. hebatnya. saya makan ice cream sunday cornetto cokelat. makan sambil menikmati baut laut n fikirkan apa yang terjadi. apa yang bermain dalam fikiran saya :
* dengan siapalah saya boleh berjalan tepi pantai sambil berpegangan tangan, main pasir, main air laut n tengok matahari terbenam.
* saya terfikir kadang-kadang saya nak jadi air laut sebab luas n boleh pergi mana-mana dan boleh singgah dimana tanpa ada orang yang menggangu kecuali sisa buangan daripada manusia sendiri
*lepas tu saya tengok laut tu luas n boleh mewakili segala masalah saya, dekat sini masalah dengan family, dekat sini masalah saya dengan kawan, dekat sini masalah saya dengan masa depan, dekat sini masalah saya dengan kekasih n macam-macam lagilah..
PERJALANAN PULANG
sebelum pulang kami semua singgah makan di kg peramu makan ikan bakar. sedaplah. gembira bercampur sedih. saya seronok sangat sebab nak balik KL.rasanya macam dah tak nak jejak lagi kat pahang ni. mungkin ini kali terakhir saya akan pergi kesana. so dalam perjalanan pulang, macam biasa efy tido dengan lenanya. saya pula menitiskan air mata. air mata ni macam tak ada pit stop lak asyik tumpah je... nak lelap mata pun air mata keluar bukak mata pun air mata keluar... ishh... parah-parah ni. mungkin sebab saya tengok jalan raya kot. tulah benda yang akan buat saya sentiasa berfikir sama juga seperti laut. saya tahan jugaklah takut daz, efy n en jack dengar n nampak. so terpaksalah tutup mulut. then terus tertido sampai KL.

HARI KEEMPAT di pahang

TIME: 6.30 AM
DATE: 23/7/09
PLACE: SEKOLAH KEBANGSAAN KG TENGAH
AAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Masih lagi bangun pagi... adoi penatnya.. ni lah rutin harian saya selam 4 hari di temerloh.. penat wow!!! tak cukup tido. n sayalah orang yang akan bangun pagi dulu sebab apa lambat siap... padan muka awak farahana ridzuan.. tapi takpe hari ni hari terakhir saya di temerloh. lepas ni kami semua akan pergi ke kuatan pula. YAY!!!!
DALAM PERJALANAN
Masa dalam perjalanan tu semua masih lagi diam je. maklumlah awal pagi. kali ni saya bersama MR Dazarin. dia jadi cameraman saya n en jack bersama-sama awek pitbull (ceh kembanglah tu) efy fiaty kamal. so semunya berjalan lancar. n ni lah first time saya buat shooting dekat sekolah rendah. adventure sikitlah. semua murid-murid kat sini tomei... tomei... masa shooting tu semuanya berjalan lancar tapi saya dengan dazrin mengalami sedikit kesukaran masa nak interview budak. ialah kalau kat KL murid semua advance sini minded dorang low sikit. tapi walaumacammana pun saya akan cuba sedaya upaya. sampaikan saya kena buat cue card untuk budak-budak ni. tapi masih lagi tak reti cakap. ADOI... TIBA-TIBA SAYA BERASA TENSION. so saya amik peluang ni untuk interview cikgu yang banyak. n nasib baiklah cikgu semua pandai bercakap n ada pulak tu yang dah terlebih-lebih bercakap. penat saya nak layan. tapi alhamdullilah segalanya berjalan dengan lancar. team efy habis dulu so dorang tunggu di kantin sampai tertido. n kami di jamu selera dengan mee hoon. dalam pada itu sempat lagi cikgu-cikgu tak nak keneng-kenengkan kami. so layan jelah cikgu... terima kasih warga sk kg tengah.lepas habis singgah sebentar di rumah topek untuk makan tengahari....
RUMAH TOPEK
masa kat rumah topek kami semua memang kelaparanlah kan. then mak topek masak banyak lak tu n sedap ada ikan patin, ada ikan bakar, ada kerabu yang ala-ala efy tak kenal samada kacang botol ke kacang kelisa... u ur so funnylah babe...kami pun makan lah sampai kenyang. yang bestnya orang lain dah berhenti efy yang tak berhenti-henti.. hebat tak... bila semua dah membesarkan perut, kami pun readylah nak ke kuantan. topek bekalkan kami dengan rambutan. n dalam pada tu kami suruhlah topek cakap ngan en jack yang dia nak keje. SO HOPEFULLY TOPEK DAPAT K. CHAI YOK!!!CHAI YOK!!! next location =>
DALAM PERJALANAN
bila dah kenyang semualah duk mata tinggal suku kan. macam biasa efy memang pantang naik kereta dia mesti lelapkan mata yek bukan tido tapi lelapkan mata hehehe.... then saya dengan en jack pun ala-ala nak tido gaklah.sakitnya hati coz semua berkeliaran dalam kereta yek. terima kasihlah topek bagi rambutan tak buang semut dulu. saya pun picit sana picit sini nak bagi semut tu mati sebab saya memang tak suka dengan insect ada fobia yek sikit. tapi wat tak tahu jelah. sian kat daz sebab dia drive. so daz kena bukakan matanya kalau tidak kami semua masuklah ke dalam tujuh kaki bawah... huhuhu...
KUANTAN
Sampai je dekat kuantan mata saya pusinglah sebanyak 360 darjah sebab tak pernah datang kuantanlah katakan. so first impression saya fikir hebatlah... tu pun sebab najib kalau bagi kat nik aziz memang masih mundurlah lagi. ooopppsss!!! masuk nama politik lak.. (tak ada kena mengena samada yang hidup atau yang mati).kami pun terus cari hotel iaitu season boutique hotel. sebelum check in kami singgah di kedai mamak untuk supperlah konon. tapi perut saya masih kenyang yek sebab makan banyak kat rumah topek tadi. dah makan balik barulah check in. masuk je hotel wow!!! nilah pengalaman pertama saya tinggal di hotel sebegitu. saya msglah kat adik saya
fara: dik u nak tahu i tinggal hotel kecik n tak ada tingkap
adik: dia boleh gelak (huuuuuuhahuhahahauuuuuuhahahhhhah)
fara: wei janganlah gelak.
adik: dia kata tak pelah sekali sekala ala-ala paris hilton masuk kg.
fara: yelah tu
daripada kecik sampai besar saya tak pernah tido di hotel yang tak ada tingkap n tak ada bathtab n yang bestnya saya tak pernah tinggal dihotel yang bawah RM100. bukan nak berlagak tapi memang tak biasa. tapi tak pe saya terima cabaran ini an at least adalah sikit experince duduk sebegitu. dah nama pun pergi outstation dengan office bukannya dengan familykan. so mandi-mandi n tidocoz besoknya shooting di lokasi terakhir...
YAY nak balik KL dah.
TO BE CONTINUE TO THE LAST DAY

Aug 4, 2009

THIRD day

TIME: 6.30 AM
DATE: 22/7/09
PLACE: SEKOLAH DATO BAHAMANA LANCHANG
wake.. up... wake up...
macam biasa saya akan bangun dulu dari efy. coz saya siap lambat. k untuk kali ni saya akan lakukan penggambaran di sekolah kedua iaitu smk dato bahaman lanchang. tempat dia jauh jugaklah n kena keluar awal. bila dua-dua dah siap kami pun turun ke bawah.
DALAM PERJALANAN
masing-masing diam seribu bahasa yek. sebab semua masih ngantuk lagi yek. tapi daz kena maintain coz dia bawak kereta. dah nak dekat sampai je en jack ajak breakfast kat area situlah. macam biasa pagi-pagi ni saya jarang makan sangat kecuali lapar gile. then bila dah makan kami pun teruskan perjalanan ke sekolah tu. sampai je ada dua team kali ni saya dengan en jack n efy dengan dazrin. klah tu... so buat macam biasa.
SHOOTING TIME
masa shooting alhamdullilah smeunya berjalan lancar. en jack mestilah tahu nak amik apekan. so pandai-pandai dialah. punya cikgu ialah cikgu maziah baiklah orangnya. comel gaklah. saya masuk kelas menjahit n lepas tu kelas memasak. bestlah sampai saya amik resepi dekat cikgu tu hebat tak. so lepas tu barulah buat sesi interview. dah settle semua saya, efy, daz n en jack dijamu makan kat kantin. again terima kasih cikgu kerana menyambut kedatagan kami. lepas tu sampai je petang saya ada bola jaring n efy ada petang a.k.a pen*** bak kata efy ooopsss salah sebut je tau... kali ni saya habis awal mungkin bila dnegan en jack segalanya habis awal. mesti daz bengangkan sowie daz... then bila efy dah habis kami pun pulanglah ke hotel n rehatkan badan... tunggu sampai malam topek datang bawak kami pergi makan.
MALAM
Kali ni topek bawak makan dekat kawasan rumah dia. saya tak makan banyaklah konon-konon nak diet so just makan mee hoon jelah sekali tu balik hotel rasa lapar. maklumlah perut saya ni kalau shooting je mesti lapar memanjangkan. bila dah habis makan kami pun pulang ke hotel n singgah sebentar di temerloh nak ambil gambar lampu. klah tu.apa lagi kami pun ambik lah gambar. then pulanglah ke hotel n tido sementara nak tunggu pagi besok untuk lokasi penggambaran yang ketiga dan terakhir di temerloh. APA YANG PENTING KERJASAMA!!!!...
TO BE CONTINUE TO FOURTH DAY

second day

TIME: 6.30 AM
DATE: 21/7/09
PLACE: SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TEMERLOH
BANGUN... BANGUN...BANGUN
macam biasa saya mesti bangun awal lagi daripada efy coz saya mengalami kelambatan semasa bersiap. so dah siap-siap efy akan bangun n dia pulak siap. lepas dah siap kami pun turun kebawah untuk ke lokasi penggambaran pertama iaitu sekolah berasrama penuh integrasi temerloh (sbpi).
DALAM PERJALANAN
masa dalam perjalanan saya agak gementar sikitlah coz first time nak jumpa cikgu aishah peong ni. efy saya tak tahulah pulak kan. tapi still maintain n wat macam biasa. sampai je dekat sekolah tu ada dua team. untuk hari pertama saya bersama daz n efy bersama en jack. saya dan efy terus ke pejabat n jumpe cikgu masing-masing n lepas tu berpisah k.
MASA SHOOTING
saya punya shooting berjalan lancar yek.. mula macam biasa pnp then kami ikut cikgu di kesekolah lain untuk meeting, sekolah menengah kebangsaan temerloh. masa makan tengahari kami dijamu dengan nasi ayam n makan pagi tadi mee hoon singapore. terima kasih cikgu menyambut kedatangan kami. dan saya macam biasalah pantang jumpe koperasi mesti nak pergi lencanaka. nasib baik dapat beli. so bila dah habis petang tu balik semuLa ke sekolah sbpi untuk sesi interview n pnp. oklah mula-mualanya. tapi ada satu benda yang buat saya takut coz cameraman saya iaitu dazrin kata dia penat. apa lagi saya pun rasa takut n cakap ngan dia maik sikit-sikit je. lepas dah habis semua saya n daz pun balik hotel. team lagi satu, efy ngan en jack dah balik topek hantar dorang. bila balik, dalam kereta daz cakap sesuatu yang sangat kelakarlah.
daz: tahu tak kenapa daz cakap dah penat
fara: kenapa??
daz: sebab daz tak kena rokok
fara:leh!!! takpe fara dah selamatkan daz sekejap je coz daz tak smoking.
lepas tu dua-dua gelak n sengal... sampai je hotel saya pun baring n tunggu malam kang nak gie makan lak.
MALAM
bila malam macam biasa topek datang bawak gie makan kat seberang titi bak kata efy n depan hospital kajang (temerloh) bak kata fara. oklah makanan dia sedap gak. walaupun saya tak makan banyak just makan satay je. satu je masalah dia, kedai dia gelap sangat. mahu tercekik kalau makan ikan terubukkan sebab banyak tulang n makan dalam gelap. hehehehe!!!. bila dah kenyang kami pun balik hotel n tunggu ke lokasi kedua iaitu besok pagi... KAMPATIH!!!!
TO BE CONTINUE TO THIRD DAY

my JURNAL AT PAHANG (first day)

TIME : 6.30 AM
DATE : 20/7/09
PLACE: TEMERLOH


FARA BANGUN!!!!
morning girls.. hari ni hari pertama saya pergi ke outstation bersama-sama rakan sekerja. iaitu saya FARAHANA, EFY FIATY KAMAL, DAZRIN ABDUL MALEK dan bos saya EN JACK. apa lagi saya pun bangun n siap-siap al-maklumlah saya ni siap dah lah lambatkan. so mama saya hantar saya ke rumah efy. then kami sama-sama tunggu dazrin untuk pergi ke office amik en jack.


DEKAT OFFICE

Sampai je saya, daz n efy kat office, kami makan dekat kedai bawah sementara menunggu ketibaan en jack. tengah makan-makan tiba-tiba hp saya berbunyi, sekali en jack dah. dia kata dia lambat sikit coz ic dia tinggal dekat rumah. apa lagi kami pun bengang gak lah tapi nak buat macam mana dah nama pun bos so kami tunggu. dalam pukul 11 lebih macam tu kami pun bertolak.


DALAM PERJALANAN

Masa dalam perjalanan, mula-mula semua diam. lepas tu barulah mula bercakap. saya macam excitedlah nak pergi outstation. biasalah first timelah katakan. so apa lagi takut, happy,gelabah pun ada gak. semuanya bercampur-campur yek perasaan saya. bila masuk je tol temerloh, kami mula call topek cakap dah nak sampai. then bila dah sampai terus cari hotel. kami tinggal di green park hotel. nasib baik hotel dia ok walaupun tak ada tingkap. hehehehe.. :)


TOPEK SAMPAI

Bila topek sampai, kami terus pergi recee sekolah sampai ke lanchang. lepas tu en jack ni sporting jugaklah coz dia siap ajak kami pergi ke kuala gendah kat tempat gajah. saya dengan efy apa lagi teruslah tangkap gambar n excited tengok gajah. sampaikan baru tahu gajah tu ada bulu sebenarnya. lepas tu tahi dia tak nak besar lakkan. so saya bersa sangat happy. lepas habis tu kami singgah makan durian kat tepi jalan. wow!!! tak nak best lak kan. ada durian sedap n ada gak durian tak sedap. saya rasa saya makan durian dekat 8 ulas gaklah. lepas tu dah tak tahan panas so terus stop. then teruskan perjalanan ke sekolah kg tengah, sbpi. semua dah penat, semua balik ke bilik masing. n topek balik ke rumahnya. rehatkan diri n tunggu sampai makan malam. macam biasalah topek yang entertain kami yek.


MALAM

dah malam pukul 8 tu saya dan efy turun n pergi makan kat bawah jambatan. makanan dia sedap gaklah n first time saya tengok tom yam dalam kelapa. gilelah temerloh. dah makan n sambil borak-borak sebelum balik hotel singgah jap dekat 7eleven nak beli jajan. then semua balik hotel n ready for shooting tomorrow at sbpi temerloh... CHAI YOK!!!CHAI YOK!!!


TO BE CONTINUE FOR THE SECOND DAY...