Sep 21, 2011

~ first time in my closet ~




my first ed hardy in my closet..


al maklumlah ed hardy ni kan mahal beriya sangat..


so dapatlah satu...


ni pun sbb my director punya kawan baru balik dr oversea


dia adalah jual baju-baju macam ed hardy,shiroineko, harley davidson


and macam-macam lagilah


sebab dorang ni jenis minat motor besar ni..


pada mulanye saya belek-beleklah baju ni


mmg smart gilelah, saya suke, kain dia pun ok


tapi time tu macam tak nak spent sbb tgh keje kan


lg pun saya kn PM so tak berani nk spent


takut nnt kot production duit tak cukup ke


so tahan jelah nafsu shopping tu...


at last my director,abg syah n zali srh try


skali try ok ngam-ngam kat badan saya..


then my director suh amik n he paid..


apa lagi senyum sampai ke telingalah..


thanks to my director..


i really appreciate that..


thanks

Sep 17, 2011

the end of 1000 cipta

1000 cipta shooting was done.. since 3 months, we all semua berhempas pulas di bawah cahaya matahari dan hujan yang kadang-kadang lebat, kadang-kadang tak. And officially tamat for production.. and now masuk studio for editing + VO.. Actually this is my first time join production team yang ramai.. Because before this kalau saya gie shooting pun only me n my cameraman. Ni baru 12 orang je, dah macam-macam kerenah.. The important things is saya dapat banyak pengalaman bersama crew2 yang otai-otai.. Saya mengaku banyak benda lagi yang saya kena belajar, ni baru buat TV Magazine belum lagi follow drama or filem.. for sure lagi gempak n banyak gile benda kena handle.. OK, saya nak cerita sikit pasal 11 orang crew saya.. ni orang-orang baru yang ada dalam post saya kali ni.. Crew saya yang turun location semua 11 orang termasuk artis. semua lelaki and ada 2 orang je perempuan.. tapi disebabkan ada kes saya bersama dengan seorang perempuan itu, saya just rasa yang ada sorang je perempuan dalam team 1000 cipta. we go for my director first :


Director (we all call him PAK ABU)

* he so otai dalam bidang ni

* dia banyak jadi director untuk commercial

* and ada jugak involve buat drama, tele, tv magazine, video corporate

* apa yang saya dengar dia start masa dia belajar dulu

* so dia dah banyak pengalaman dalam bidang ni

* and keje ngan dia sangat pantas..


Scripwriter (abg shah and abg bella)

abg syah

* saya dah keje ngan abg syah dari 2009, b4 this dia jd editor script saya

* and dia pun kira otai gaklah..

* dia dgn pak abu is a bestfriend so dorang berdua sangat cool

* abg syah ni boleh dikategori boss saya gaklah

* kalau dalam production slalunye dia buat PM

abg bella

* abg bella dia macam old timer sikit

* so tak semua boleh masuk dengan dia n dia pun tak nak try msuk dgn kita

* that's why dia kena tukar

* and ada orang panggil dia "hantu gigi" just for fun..


technical crew ada 4 orang

abg yon (cameraman)

* ini cameraman mmg banyak otai..

* dia pernah dapat award best cameraman

* abg yon pun sempoi je

abg amil (lightingman)

* masa mula2 saya nampak dia macam kmpulan pretty ugly

* abg amil tak banyak ckp sangat

* dia jenis lembut

* tapi bila dia dah start marah, memang org tu dia tak tegurlah

cik wan (audioman)

* cik wan seorang yang sangat lembut

* audioman yang sangat alert dengan persekitaran

* tapi bila once dia dah start membebel pergh.. sakit telinga

* dia cool. bila dapat makan bagilah kat dia walaupun badan dia kecik..

pak long (semua boleh)

* pak long dikira entertainment lah untuk kitaorang

* sebab dia melatah

* dia pun cool gak


Artis (aril AF7)

* ok, saya minat dengan aril so bila dapat bekerjasama, saya agak susah gaklah..

* so saya tak comunicate dengan dia dari julai sampailah 5 september

* lepas 5 september baru saya bercakap n jd rapat dengan dia

* aril ni masalahnye sometimes dia annoy gile

* n dia tak leh bangun pagi

* dia buat kami semua kena tggu dia

* walau apa pun, dalam 3 bulan ni dia oklah cuma masalah dia lambat


Manager (Manager aril)

Zali

* Zali so far ok.. xada hal dengan dia

* cuma suprising me dia adalah seorang chef, sebelum dia keje astro

* so kalau part makan serahkan padanye..


Make up artist (kak ita)

* sangat fussy

* saya tak suke

* poyo terlebih

* nak cari orang kaya aje

* semua org kena dgr cakap dia

* sometimes dia selfish

*perangai macam budak2 walaupun umur dah meningkat


Runner

Abg Zam/Abg saiful/Helmi

* walaupun keje nye senang tapi ni yang banyak tukar orang..

* ada yang lambat

* ada yang buat job lain

* and last kali kami amik paling muda n journey yang paling jauh..



so ni semua crew saya, yang kena saya jaga sebagai asst production manager cum to production manager, sebab saya yang ada dekat location.. so far everything ok.. dengan ikut team 1000 cipta ni saya dapat :-



  • kenal orang-orang yang ada nama dan berpangkat


  • dapat masuk kilang proton


  • dapat naik airboat ala-ala hovercraft


  • saya akan dilayan special sbb saya kira bosslah dkt location


  • saya dapat gie jalan-jalan satu malaysia


  • makan memang tak ingat.


  • dapat banyak kawan baru..

so ni jelah yang dapat saya kongsi dengan semua orang pasal team 1000 cipta. hopefully lepas ni saya dapat ikut production team lain lak supaya saya boleh kenal lagi dunia production ni..



best part saya dapat hadiah daripada director saya (kira giftlah)


Sep 7, 2011

~ al kisah ~

ni sambungan dari ~ al kisah ~ raya saya...
ada dua story yang saya dengan semua family saya tak leh lupa : -



~ al kisah yang pertama ~
petang tu, saya dah penat asyik duk dapur je sama gak dengan kak nina n adik saya.. but then my parent n semua yang dh berumur ni gie beraya rumah sedara mara.. then tinggal kami berlima saje dirumah, tinggal saya, adik, kak nina, pipah n syafiq.. so bila semua dah kuar tutup pintu, baring. tiba-tiba je ada orang ketuk pintu bagi salam. so apa lagi kabutlah slowkan tv n semua diam.. ni gara-gara malas nk layan.. yang buat terkejutnye ialah yang si shafiq ni gie tutup lampu lak.. dah kantoikan.. padahal org tu dh smpi depan pintu.. skali apa lagi yg si sedara ni call lah pak cik wok nye mengadu yg kami tak nak layan.. balik je dorang dari raya, kami kenalah marah.. kuang..kuang..kuang..


~ al kisah yang kedua ~
masa nak gie makan ikan bakar tu, kami semua convoylah kiranye 3 kereta.. saya n my family n kak nina satu kereta.. nilah padahnye kalau beriya sangat bila bawak kereta sambil bercakap, ketawa tak ingat dunia.. ni ditujukan kepada baba saya... tgh syok-syok bercerita dalam kereta ni kami dah terikut salah keretalah.. jenis kereta, no kete n warna kete semua sama. n yang lg samanye ialah org yang berada dalam kereta tu.. cukup corum.. yang buat kitaorg sedar bila kereta tu masuk jalan pelik dekat area kedai makan cina (kg setiawan).. tapi masa tu kitaorg ikut lagi sampaikan adik saya leh cakap apa tau (ooo... ni along ni ikut jalan shorcut ni) lepas tu mama saya cakap apa (ooo.. agaknya dorang nak makan tempat lain ni) oklah.. skali pusing punya pusing kereta tu masuk parking.. sekali keluar cina dah.. tak nak bantai tergelak kami semua dalam kereta masa tu.. nasib baik kami pun tak ikut sekali masuk parking tak pasal-pasal gie makan kedai bak kuk teh kan.. dh lepas tu dalam kereta kecoh jalanlah terus sampai teluk batik.. sampai-sampai semua tanya kenapa lambat.. apa lagi kami pun storylah, ha amik semua dok gelaklah.. kecoh kedai makan tu..



Sep 3, 2011

raya..raya..raya..

this year my raya macam biasa je

the best part is saya raya dekat kg

and part yang tak best is saya penat sikit raya ni

sbb baru balik dr outstation

ok, kita start dengan akhir-akhir bulan ramadhan k :-



ramadhan ke ~ 27 (26/8/2011)

* baru sampai kl dari perlis.



ramadhan ke ~28 (27/8/2011)

* sempat jumpe my todd before raya n buka puasa with MR SB n my lil sis n her bf ..

* n sempat shopping with my mama malam tu jugak because saya tak ada baju raya..



ramadhan ke ~29 (28/8/2011)

* bersiap sedia untuk pulang ke kg



ramadhan ke ~30 (29/8/2011)

* macam biasa kemas rumah n jadi maid dekat dapur untuk masak memasak

*teman mama gie pasar n beratur panjang untuk beli santan

* masak memasak sbb besok nak raya..

* cousin n anak buah sampai di kg



syawal ~ 1 (30/8/2011)

* bangun pagi, siap2 n makan dan maaf bermaafan

* penat melayan tetamu, disebabkan pak cik saya ketua kampung pergh.,.. ramai yang dtg umh

raya.

* n perut saya full asyik ulang alik makan..

* and hari kedua gak perut saya sakit n cerry berry..

* macam biasa snap pic beriya lah.. dah kata rayakan hahahha :)


* n ada the best part is bila sedara dtg kami tutup pintu

~ al kisah ~ (next post)



syawal ~2 (31/8/2011)

* masih lagi tak gie raya sebab ramai orang datang rumah


* hari ni barulah gie jalan-jalan rumah sedara n membuatkan perut saya full..

* lepas tu malam tu jugak kami semua gie makan ikan bakar dekat teluk batik.. pak cik saya belanja.. hahahhaha.. makan besar, makan besar..

* time ni gak ada cerita yang best

~ al kisah ~ (next post)



syawal ~3 (1/9/2011)

* disebabkan balik kg awal, so maknanye balik kl pun kena awallah jugak..

* bila saya n family balik je.. barulah cousin-cousin yg kecoh ni sampai.. tensi.. sebab dorang balik lambat..



syawal ~4 (2/9/2011)

* jalan -jalan bersama my lil sis n bro.. watching smurfs.. so cool



syawal ~5 (3/9/2011)

* sangap dirumah bersama-sama adikku

* packing barang untuk oustation again selama 2 weeks..



syawal ~ 6 ( 4/9/2011)

* jpe my todd after raya..



syawal ~ 7 (5/9/2011)

* start outstation berangkat ke perak semula,penang then ke pantai timur bersama-sama team 1000 cipta..



syawal saya tahun ni hanya sampai disini sahaja.. sebab lepas ni saya dah start outstation balik n for sure time tu banyak gile open house yang terlepas.. n mama saya pun penat nanti nak jawab.. (fara xada dia keje).. hehehhehe..