Jan 24, 2010

so WHAT????






geMUK, FAT, cHUBBy, TembaM, DEbaB

tension seh.. semua
eiiiiiiiii!!!!!!!!! geram gile
masalah saya sekarang ni bukannya sebab nak turun berat badan ke apa tapi sebab semua orang duk cakap gemuk,chubby, tembam and apa-apa sahajalah yang ada kaitan dengan gemuk...saya agak stress disini yek.. maksudnya apa... orang gemuk ataupun PLUS SIZE they are still human.. kalau sekalipun dorang nak kuruskan badan bagilah peluang. ingat senang ke nak kuruskan badan dalam masa yang singkat... lainlah kalau orang berduit boleh lah terus pergi buang lemak ke cucuk kat sana ke, cucuk kat sini ke... saya pun agak pelik dengan manusia ni.. even kalau kita tengok dengan negara AFRIKA lagi gemuk, lagi dorang laku. kalau dekat MALAYSIA nak yang kurus kering, apa yang ada ntah..
saya bukanlah kata gemuk tu bagus tapi janglah sampai nak perli sampai depan orang and cakap terus terang sangat... eiiiii!!!! orang gemuk pun ada perasaan gak tau... takkanlah sebab badan dia gemuk, hati dia pun korang rasa besar and boleh terima apa sahaja yang orang lain cakap. TENSION GILE.... korang sendiri tak faham kenapa orang tu boleh jadi gemuk, memanglah makan banyak leh gemuk tapi kalau macam saya, korang tahu ke apa masalah saya sebab apa badan saya makin membesar, sebab saya kena makan ubat, kalau tak saya sakit, ada korang kisah... kalau jumpa saya je adalah yang boleh jadi topik antaranya yang selalu k :-
  1. kenapa dah gemuk ni
  2. kenapa makin tembam ni
  3. banyak makan ke
  4. muka ni kenapa
  5. lah ni kenapa dah kurus ni
  6. tak makan ke
  7. macam mana boleh jadi macam ni

tak tension ke bila orang selalu tanya benda yang sama setiap kali jumpa... tak ada benda lain ke nak tanya. banyak lagi hal yang penting kenapa bila jumpa saya je benda tu juga nak tanya.. tak tahulah apa nak jadi...

ada dua benda dalam hidup saya yang
saya tak boleh terima sangat and cepat terasa :-
  1. gemuk
  2. jerawat

ni lah benda saya yang tak boleh terima and cepat terasa and boleh menangis sebab 2 benda ni.. kenapa ramai orang pandang rendah dengan orang yang berbadan PLUS SIZE. bagi saya orang yang PLUS SIZE nilah yang banyak berjaya contohnya :-

  1. iron lady
  2. dina
  3. queen latifah
  4. afdlin shauki
  5. n sapa-sapa jelah lagi

kenapa korang tak penah fikir sebab apa dorang tak kurus... lagipun dorang ni boleh dikatakan selebriti. masuk tv. bukan ke orang MALAYSIA ni kan suka pandang yang cantik daripada berkualiti. so kenapa dorang tak kuruskan badan...

saya sendiri tengah berusaha nak kuruskan berat badan. tapi jangalah nak paksa-paksa.. sampai ada pula orang boleh cakap dengan mama saya (NOR kuruskanlah badan anak engkau ni ha) what the hell she talking to me like that... HELLO!!!!! aku tahulah anak kau kurus sekeping macam papan... tak payahlah sampai cakap macam tu dengan mama saya... macam biasalah saya teruslah nangiskan.. nasib baik dia orang tua, kalau tak eiiiiii.. dah lama dah... mulut saya ni jadi kurang ajarkan..

ada ke orang boleh tahan makan. mana ada... kalau ada pun orang gile je... saya pun agak musykil dengan orang yang badan dah kurus tapi cakap yang dorang dah gemuk... kenapa ntah.. saya tak tahulah dorang nak badan macam mana. saya sendiri nak kuruskan badan tapi ingat yek saya bukan nak kurus dari segi kurus sekeping tu tapi kuruskan badan supaya jadi fit dan sihat tak berpenyakit..

  • kita boleh makan
  • kita boleh control makan
  • kita boleh kurus
  • tapi jangan terlampau sangat

so kepada sesiapa sahaja kalau nak kawan dengan saya ke apa ke please accept me just the way i am okay... terima saya seadanya.. saya hanya manusia biasa nobody was perfect...

Jan 23, 2010

i L.O.V.E consert

dah lepas beyonce tak datang

ada lagi artis yang datang so saya pun agak tension lor...

tapi nk buat macam mana

saya still tak pegi gak..

lagi pun duit pn tak ada

and one more things mama and baba saya marah

sebab asyik beli tiket and then dorang tak jadi datang....

lagipun kalau saya pegi pun, saya tak ada kawan...

adik saya tak ada duit lak...

for sure baba saya tak nak bagi duit lagikan

kat dia untuk beli tiket...

so saya hanya syok sendiri lepas ni...

banyak gak lah konsert yang saya dah terlepas..

contohnya :-

black eyed peas

akon

all american reject

    neo (ini yang paling frust gile sebab saya minat sangat dekat dia

    = NEO a.k.a gentleman)

    coming soon boys like girl 29 january 2010

boys like girl ni tak tahu nak pegi ke tak...

apa yang penting saya tak ada kawan..

dorang semua dah tak berminat untuk pergi ke konsert

HUHUHUHU....

so kita tengoklah apa yang nak jadi...

lagi satu dengar cita ada konsert faizal tahir dekat istana budaya...

14 febuary 2010.

it's valentine day...

kita tunggu jelah update blog saya pasal consert ni

saya pergi atau tidak...




dah lepas daripada tu, beyonce lak datang

klah mula-mula macam tak yakin lah pulak

maklumlah beyonce seksi gile lor

so lagi pun masa mula-mula banyak sangat rumors

yang mengatakan beyonce tak boleh datang

sekiranya dia tidak mengikut etika pakaian yang ditetapkan

tapi nak kisah apa yek

dia pakai macam mana pun still orang ramai dah tahu dia seksi

walau macam mana pun saya tetap tak berputus asa

then beli jugak tiket

but the end dia lak tak jadi datang

again yek saya kecewa lagi...

tapi kali ni saya refund tiket lor

sebabnya tiket yang saya beli tu mahal.




saya suka sangat tengok konsert.

tapi dah banyak konsert saya ketinggalan.

sakit hati...
bila saya beli tiket tak jadi datang pulak

tapi bila saya tak beli tiket datanglah pulak..

contohnya rihanna... dah excited gile nak menari-nari

sekali chris brown pegi tumbuk dia lah pulak..

geram betul...

so saya tggl tiket je, sebab tak refund balik.

Jan 8, 2010

what A bAD Day..... :(

8 JANUARI 2010



apalah nasib saya dengan EFY FIATY KAMAL



kononnya pagi tu nak ke SK TAMAN MINDAH



ok lah pegi gak

lepas tu saya plan untuk tidak masuk off


sebb hari pun hujan


so kami berdua decide xmsuk off...


lagi pun dekat off tak ada keje


yelah sangat pada hal keje saya bertimbun


dengan skrip ye, power point ye


tapi relax aje


heheheheheeh!!!!!!!!



cerita bermula:

sampai je EFY kat umah saya dia kata ada bunyi kucing


oklah mula-mula saya tak leh nk kata apa lah sebb tak dgr lagi


so bila dah lama tu, tiba-tiba dengar bunyi


saya pun agak terkejut


fikir gak mana datangnya kucing tu.


ada dua benda yg bermain dekat kepala otak saya:


1) takut ada org mainkan EFY(macam letak bunyi) sebab EFY takut kucing


2)kucing tu sangkut kat mn


sekali bila lepas je dari TAMAN MIDAH bunyi tu dah tak ada


so kami berdua lega and berpendapat kucing tu


dah tertinggal dekat TAMAN MIDAH


bad day utk kucing tu gak


secondly EFY plan nak ke FULLHOUSE



butik ala-ala cafe lor


sekali pergi tutup


so beralihlah arah ke DAMAI lak


nak gie butik ala cafe gak


eh!!!! apa dah sekali itu pn tutup gak...


so saya cakap ngan EFY jom kita gie tgk stok baju


dekat jalan KENANGA


ok lor.. apa lah malang nasib kami berdua


pusing punya pusing parking xada lah...


EEEEEEEEEEEEEE!!!!!!!!!! geramnya...


sabar lagi, sekali tu terus pergi ke FULLHOUSE tu balik


lepas tu bila dah pergi


haiiiiiii... baju dia tak nak sekangkang kera lak kan


dia more tu restoran yang ala garden tu smart gak.


so kami amat berduka cita untuk terus pergi tonton wayang


sekali ok lah, pergi then nk tengok movie OLD DOGS


yang bestnya kami berdua nak tengok wayang tak tengok masa


sekali amik kau.. pukul 3.30 dah


masa tu kami ada dekat situ kul 2..


apa yang ada dekat GALAXY AMPANG tu


lainlah PAVILLION kan ada gak butik yang boleh masuk


so dengan harapan kami pun pulang ke rumah.


so hari ni agenda kami ialah:


1) EFY bawak saya jalan-jalan naik kereta baru dia


2) EFY nak suh saya dengar bunyi kucing tu


3) kami berdua ala-ala shopping drive true lah


katakan tgk dari dalam kereta je...


MORAL OF THE STORY:
jangan ponteng kerja, kalau nak ponteng kerja duduk jelah umah and jangan keluar nanti semua tak jadi.



Jan 3, 2010

harTa Pusaka :(

ni lagi satu benda yang saya tak suke. Tadi pagi-pagi saya bangun nak pergi berniaga, tiba-tiba saya dengar mama saya nangis. uish... xnak teruk lak kan dia nangis. Kesian pun ada. Ingatkan pasal apa lah.. Ada orang meninggal ke, apa ke, rupa-rupanya pasal tanah. leh.. Sampai macam tu sekali. Inilah masalahnya kalau adik beradik ramai. Saya pun pelik lah kenapa orang kampung masalah dia mesti pasal harta pusaka. And kalau bagi orang bandar lak pasal harta parent dorang, nak amik alih perniagaanlah... macam-macam.. Kenapa tak nak cari harta sendiri. kan senang tak ada berebut dengan sapa...


K saya cerita sikit pasal tanah-tanah pusaka arwah atok n nenek saya k. Arwah atuk sam and opah saya agak banyak gaklah tanah dorang merata-rata. Kalau nak ikutkan zaman dulu dorang nilah paling kaya... Rasanya yelah. So kedua-dua arwah tak bagi siap-siap harta tu so sekarang bila dua-dua dah pergi mulalah anak-anak dorang ni berebut. Yang bestnya lelaki tu yang berebut... oit!!! belah family belah mama saya lelaki dia agak tamak and semuanya tak guna yek (sowie lah kalau saya cakap macam tu dan agak kasar sikit, tapi sebenarnya memang betul pun) sibuk dengan harta orang duit orang.. kalau mama, wan cho and acik lah balik kampung. dorang sikit-sikit nak berduit. Nak suruh carikan orang baca doa pun nak berupah... nampak sangat orang kampung ni buat kerja tak ikhlas. pada hal adik beradik tu.


Dorang ingat kami semua duduk KL banyak duit ke, dorang tak tahu duduk di KL ni semua nak dibayar. nak buat air kecik pun bayar RM0.30. itu kalau kat tempat biasa. kalau kat KLCC tak nak RM 2 lak kan masuk tandas dia.


Ni kes pasal nak sign surat apa ntah... Yang lelaki ni best dorang amik tanah semuanya tanah yang berguna n ada hasil. Yang perempuan semua dapat tanah yang terbiar. Lagi satu yang bestnya, orang kampung ni kan buat semua benda tak nak pakai hitam putih, main cakap je. Kang cakap orang kampung cetak akal kang marah. tapi memang betul pn. That why panggil orang kampung. Sedarlah diri sikit.


sampai saya cakap ngan mama saya,
ara : tak payah lah sibuk-sibuk, nanti akak banyak duit akak belikan mama tanah.. biar berapa banyak mama cakap je akak boleh bagi. insyallah (satu hari nanti) saya akan berusaha untuk buatkan mama saya happy.


baba saya cakap pulak...
baba: nasib baiklah anak baba 2 orang so kalau nak betumbuk pun 2 orang je (kami ketawa)
baba: akak and adik kalau nak sangat harta, carilah harta sendiri... senang tak payah nak kongsi, tak ada gaduh and hubungan adik beradik pun tak retak kan...


Saya suka baba saya cakap macam tu, memang betul pun... So saya harap sangatlah orang-orang kampung yang masih lagi cetak akal, luaskan lah minda ni dah zaman millineum and dah zaman siber pun. lepas ni tak tahulah lagi zaman apa lak. Ubah-ubahlah fikiran tu. Tak payahlah nak tamak sangat harta mak bapak kita. Biarlah berlaku adil. Sedih arwah tengok kalau anak-anak dia bergaduh.. k...


PROmiSe!!!!


saya agak tak suke dengan perkataan PROMISE atau JANJI.

sebab ramai orang suka sangat main-main dengan perkataan ni

bagi saya dua-dua perkataan ni agaklah penting dan tidak boleh dibuat main..

kalau tak tepati janji boleh kategorikan sebagai dosa gak kan.

tensionlah kalau ada orang tak reti nak menepati janji.

penat tau. sebab saya ni salah seorang yang tidak suke memungkiri janji

and tidak suka orang tidak menepati janji.
kalau tak mampu jangan berjanji atau keluarkan

perkataan PROMISE atau JANJI...

tension lor saya...

tolonglah kepada sesiapa yang suka memungkiri janji buat-buatlah berubah...

tak dapat apa pun kalau berjanji tapi tak buat..

kelam kabut, and gaduh lagi adakan.

lagi besar masalah adalah.

pening-pening...

saya agak stress baru-baru ni sebab adalah

dua tiga orang yang suka sangat mungkiri janji...

terus terang je sudah...

tak payah nak selindung-selindung k...

harap sangat tepatilah janji and jangan mungkiri janji...


aPa YANG leLAki InginkaN dalaM hidUp????

ERMMMMM......


Actually this question saya dah tanya dekat ramai lelaki yang saya kenal. Tapi kenapa tak ada satu pun jawapan yang betul-betul saya inginkan, walaupun saya sendiri masih lagi tak ada jawapan untuk itu. hehehe... Jangan marah yek kawan-kawan lelaki ku... kebanyakkan jawapan semuanya jawapan yang selamat yek. Dorang banyak cakap dorang nak KEBAHAGIAAN... Adakah ini jawapan yang saya inginkan... ooo... tidak...tidak... jawapan ni masih lagi belum memberi kepuasan kepada saya...


cuba fikir maksud kaum adam ini. KEBAHAGIAAN.... actually boleh bawak banyak maksud.

1) adakah kaum adam ini bahagia?

2) adakah kaum adam ini mampu untuk membahagiakan kaum hawa

3) adakah kaum adam ini bahagia apabila telah menghancurkan hati si kaum hawa?

4) adakah kaum adam ini mampu untuk membahagiakan hati mereka sendiri?



kalau KEBAHAGIAAN jawapan para kaum adam, kenapa masih ada lagi tangisan daripada kaum hawa atau diri mereka sendiri. Percaya tak kalau saya cakap, yang dorang sendiri tak tahu apa yang dorang nak dalam dunia ni. Sebab apa, sebab dalam dunia ni penuh dengan dugaan dan cabaran atau pelbagai benda yang boleh dilakukan. Segalanya ALLAH s.w.t yang berikan. So semua orang wajib menggunakannya dan merasainya. Cuma perlu tahu apa yang baik dan apa yang buruk bagi orang islam....



Boys is complicated. Susah nak faham dorang. Just because ego dorang tinggi gile. Sebab kalau perempuan cepat cair. Percayalah setinggi mana ego seorang perempuan tu akhirnya akan jatuh juga. Sebab hati perempuan lembut. Kalau tak macam mana playboy boleh mainkan berapa ramai perasaan wanitakan. Dah nampak sangat perempuan senang difahami. Mungkin kalau dalam 10 tu sorang jelah yang lain daripada lain. Jangan salah faham yek, senang difahami tapi bukan senang dipermainkan. Lelaki tidak boleh hidup tanpa perempuan. Itu sebab hawa dijadikan untuk adam a.s. Dan dalam erti kata lain hawa adalah soulmate adam a.s...



So saya sendiri tak faham. Semua lelaki yang saya kenal berbeza. Kadang-kadang perempuan tu dah baik dah untuk dia... makan, minum, pakai, ambil berat tapi kenapa lelaki tu akan tinggalkan perempuan tu juga. Alasan yang dorang selalu bagi nak tahu apa???

1) kita dah tak sehaluan lagi..

2) u boleh cari lelaki yang lebih baik dari i...

so klise..

Lepas tu, kenapa kalau perempuan curang lelaki salahkan perempuan dan kalau lelaki curang perempuan salahkan lelaki. Actually sama sahaja. terpulang pada diri masing-masing... tapi saya tetap dengan soalan saya iaitu APA LELAKI INGINKAN DALAM HIDUP?????

so sampai sekarang saya tak tahu APA YANG LELAKI INGINKAN DALAM HIDUP???? mungkin satu hari nanti saya akan dapat jawapan.


Jan 1, 2010

HaPPy 19th BIRthday

HAppY BIrthday to u,

Happy biRThDay To you,

Happy birthday To emy,

HAppy birthDay to u,

hug n kissess for birthday gurl

muaaaahhhxxxx....






lepas keluar ngadate with MY TODD siang tu

malam tu kak oshin, lan, ain, sam and me make a surprise party for my dearest cousin

we celebrated at the curve

just buy a cake, and birthday stuff..

saya ni memang suka buat birthday party orang lain

tambah lagi orang yang saya sayang

saya tak kisah habis berapa pun asalkan

birthday person to happy lor

LOL!!!!

anyway hopefully u always happy dear...

and good luck in whatever u do k...

once again happy birthday...

MY firST poST for yeAR 2010

SIBLINGS DOUBLE DATE


hehehehe!!!

this was my second time ngadate with my little sis..

like always me n MY TODD

n she with her JAMBU FACE boyfriend.

but this time i felt vey happy with MY TODD

i don't know why..

but i felt so happy n so romantic

OMG i don't know how to said.

but thanks to my dearest friend that always support me from behind..

gave an opinion about me or my relationship

besarkan telinga when i start telling u my story with

the excited voice or face

n make me calm down when i'm cried eventhough it's not really help..

hehehhe!!! but actually I LOVE U..

just be honest n staright forward if anything u don't like about me

or u need help or wanna having a gossip gurl stuff

XOXOX....

i'm always for u...

MS EFY FIATY KAMAL

eventhough i actually friend with u only about 2 years

since 23 jun 2008

hopefully our friendship maintain until bila-bila lor..

to MY TODD please love me in a honest way

don't even lie to me ok dear

and to JAMBU FACE ( my little sis boyfriend)

please protect my sis like my dad, my mom and i protect her ok..

and one more thing in relationship honestly is very important..

that's all

HAPPY NEW YEAR!!!!!

WELCOME 2010

this is who have in this post

MY TODD, SAM, EFY


me n my todd

my sis and her boyfriend



me n efy