Jan 3, 2010

aPa YANG leLAki InginkaN dalaM hidUp????

ERMMMMM......


Actually this question saya dah tanya dekat ramai lelaki yang saya kenal. Tapi kenapa tak ada satu pun jawapan yang betul-betul saya inginkan, walaupun saya sendiri masih lagi tak ada jawapan untuk itu. hehehe... Jangan marah yek kawan-kawan lelaki ku... kebanyakkan jawapan semuanya jawapan yang selamat yek. Dorang banyak cakap dorang nak KEBAHAGIAAN... Adakah ini jawapan yang saya inginkan... ooo... tidak...tidak... jawapan ni masih lagi belum memberi kepuasan kepada saya...


cuba fikir maksud kaum adam ini. KEBAHAGIAAN.... actually boleh bawak banyak maksud.

1) adakah kaum adam ini bahagia?

2) adakah kaum adam ini mampu untuk membahagiakan kaum hawa

3) adakah kaum adam ini bahagia apabila telah menghancurkan hati si kaum hawa?

4) adakah kaum adam ini mampu untuk membahagiakan hati mereka sendiri?



kalau KEBAHAGIAAN jawapan para kaum adam, kenapa masih ada lagi tangisan daripada kaum hawa atau diri mereka sendiri. Percaya tak kalau saya cakap, yang dorang sendiri tak tahu apa yang dorang nak dalam dunia ni. Sebab apa, sebab dalam dunia ni penuh dengan dugaan dan cabaran atau pelbagai benda yang boleh dilakukan. Segalanya ALLAH s.w.t yang berikan. So semua orang wajib menggunakannya dan merasainya. Cuma perlu tahu apa yang baik dan apa yang buruk bagi orang islam....



Boys is complicated. Susah nak faham dorang. Just because ego dorang tinggi gile. Sebab kalau perempuan cepat cair. Percayalah setinggi mana ego seorang perempuan tu akhirnya akan jatuh juga. Sebab hati perempuan lembut. Kalau tak macam mana playboy boleh mainkan berapa ramai perasaan wanitakan. Dah nampak sangat perempuan senang difahami. Mungkin kalau dalam 10 tu sorang jelah yang lain daripada lain. Jangan salah faham yek, senang difahami tapi bukan senang dipermainkan. Lelaki tidak boleh hidup tanpa perempuan. Itu sebab hawa dijadikan untuk adam a.s. Dan dalam erti kata lain hawa adalah soulmate adam a.s...



So saya sendiri tak faham. Semua lelaki yang saya kenal berbeza. Kadang-kadang perempuan tu dah baik dah untuk dia... makan, minum, pakai, ambil berat tapi kenapa lelaki tu akan tinggalkan perempuan tu juga. Alasan yang dorang selalu bagi nak tahu apa???

1) kita dah tak sehaluan lagi..

2) u boleh cari lelaki yang lebih baik dari i...

so klise..

Lepas tu, kenapa kalau perempuan curang lelaki salahkan perempuan dan kalau lelaki curang perempuan salahkan lelaki. Actually sama sahaja. terpulang pada diri masing-masing... tapi saya tetap dengan soalan saya iaitu APA LELAKI INGINKAN DALAM HIDUP?????

so sampai sekarang saya tak tahu APA YANG LELAKI INGINKAN DALAM HIDUP???? mungkin satu hari nanti saya akan dapat jawapan.


No comments:

Post a Comment