Jan 24, 2010

geMUK, FAT, cHUBBy, TembaM, DEbaB

tension seh.. semua
eiiiiiiiii!!!!!!!!! geram gile
masalah saya sekarang ni bukannya sebab nak turun berat badan ke apa tapi sebab semua orang duk cakap gemuk,chubby, tembam and apa-apa sahajalah yang ada kaitan dengan gemuk...saya agak stress disini yek.. maksudnya apa... orang gemuk ataupun PLUS SIZE they are still human.. kalau sekalipun dorang nak kuruskan badan bagilah peluang. ingat senang ke nak kuruskan badan dalam masa yang singkat... lainlah kalau orang berduit boleh lah terus pergi buang lemak ke cucuk kat sana ke, cucuk kat sini ke... saya pun agak pelik dengan manusia ni.. even kalau kita tengok dengan negara AFRIKA lagi gemuk, lagi dorang laku. kalau dekat MALAYSIA nak yang kurus kering, apa yang ada ntah..
saya bukanlah kata gemuk tu bagus tapi janglah sampai nak perli sampai depan orang and cakap terus terang sangat... eiiiii!!!! orang gemuk pun ada perasaan gak tau... takkanlah sebab badan dia gemuk, hati dia pun korang rasa besar and boleh terima apa sahaja yang orang lain cakap. TENSION GILE.... korang sendiri tak faham kenapa orang tu boleh jadi gemuk, memanglah makan banyak leh gemuk tapi kalau macam saya, korang tahu ke apa masalah saya sebab apa badan saya makin membesar, sebab saya kena makan ubat, kalau tak saya sakit, ada korang kisah... kalau jumpa saya je adalah yang boleh jadi topik antaranya yang selalu k :-
  1. kenapa dah gemuk ni
  2. kenapa makin tembam ni
  3. banyak makan ke
  4. muka ni kenapa
  5. lah ni kenapa dah kurus ni
  6. tak makan ke
  7. macam mana boleh jadi macam ni

tak tension ke bila orang selalu tanya benda yang sama setiap kali jumpa... tak ada benda lain ke nak tanya. banyak lagi hal yang penting kenapa bila jumpa saya je benda tu juga nak tanya.. tak tahulah apa nak jadi...

ada dua benda dalam hidup saya yang
saya tak boleh terima sangat and cepat terasa :-
  1. gemuk
  2. jerawat

ni lah benda saya yang tak boleh terima and cepat terasa and boleh menangis sebab 2 benda ni.. kenapa ramai orang pandang rendah dengan orang yang berbadan PLUS SIZE. bagi saya orang yang PLUS SIZE nilah yang banyak berjaya contohnya :-

  1. iron lady
  2. dina
  3. queen latifah
  4. afdlin shauki
  5. n sapa-sapa jelah lagi

kenapa korang tak penah fikir sebab apa dorang tak kurus... lagipun dorang ni boleh dikatakan selebriti. masuk tv. bukan ke orang MALAYSIA ni kan suka pandang yang cantik daripada berkualiti. so kenapa dorang tak kuruskan badan...

saya sendiri tengah berusaha nak kuruskan berat badan. tapi jangalah nak paksa-paksa.. sampai ada pula orang boleh cakap dengan mama saya (NOR kuruskanlah badan anak engkau ni ha) what the hell she talking to me like that... HELLO!!!!! aku tahulah anak kau kurus sekeping macam papan... tak payahlah sampai cakap macam tu dengan mama saya... macam biasalah saya teruslah nangiskan.. nasib baik dia orang tua, kalau tak eiiiiii.. dah lama dah... mulut saya ni jadi kurang ajarkan..

ada ke orang boleh tahan makan. mana ada... kalau ada pun orang gile je... saya pun agak musykil dengan orang yang badan dah kurus tapi cakap yang dorang dah gemuk... kenapa ntah.. saya tak tahulah dorang nak badan macam mana. saya sendiri nak kuruskan badan tapi ingat yek saya bukan nak kurus dari segi kurus sekeping tu tapi kuruskan badan supaya jadi fit dan sihat tak berpenyakit..

  • kita boleh makan
  • kita boleh control makan
  • kita boleh kurus
  • tapi jangan terlampau sangat

so kepada sesiapa sahaja kalau nak kawan dengan saya ke apa ke please accept me just the way i am okay... terima saya seadanya.. saya hanya manusia biasa nobody was perfect...

No comments:

Post a Comment