Feb 28, 2011

saya dah CUBA

ENOUGH!!!
Saya dah tak larat untuk tempuh semua ni
Saya dah cuba buat yang terbaik
Saya dah cuba buat apa yang saya mampu
Untuk perbetulkan keadaan
Tapi bak kata orang “ kalau tepuk sebelah tangan tak menjadi”
So benda ni sama je dalam perhubungan
Kalau seorang je yang beriya untuk perbetulkan keadaan
Then yang seorang lagi buat tak tahu je
So maknanya this relationship cannot go


Maybe adik saya, cousin and kawan-kawan yang rapat dengan saya sahaja
Yang faham perangai saya
Faham apa yang saya sanggup buat
Faham apa yang saya sanggup bagi


Ini bukan nak mengungkit
Tapi ini sebab saya dah tak tahan
Segala cerita and apa yang berlaku
Biar jelah adik, my cousin and my friend yang tahu
Dan yang paling penting cerita sepenuhnya
Hanya saya dan buku diary saya je yang tahu


Tak elok kalau kita nak cerita keburukkan orangkan
Sebab kita ni hanya manusia biasa
Saya pun bukanlah super duper baik
Semua orang ada lakukan kesilapan
So untuk saya, saya akan amik peluang ni
Untuk perbetulkan diri saya dan jadi lebih matang
Apa yang dah berlaku jadikan sebagai pengajaran
Kalau kata nak tutup buku lama n nak buka buku baru pun
Tak boleh jugakkan
Sebab kadang-kadang buku lama ni ada kebaikkannya
So i think I’m fine
Try to think what I want in my life….

Feb 24, 2011

~ al fatihah ~

pagi yang mendung, jantung yang berdegup kencang, air mata yang tak dapat berhenti
memberikan banyak tanda tanya kepada diri saya
rupa-rupanya nenek saya telah pulang ke rahmatuallah.
3 minggu arwah mengerang kesakitan di hospital
semua anak-anaknya, adik beradiknya dan cucu-cucunya
tidak penat untuk setiap hari berulang- alik ke hospital
dan saya juga bersyukur kerana saya juga berpeluang
untuk menjaga arwah nenek saya di hospital.
arwah sebenarnya telah mengalami sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
arwah menghidapi penyakit ini lebih kurang selama 30 tahun
walaubagaimanapun kesakitan yang dialami oleh arwah
masih lagi dapat dikawal kerana segala perubatannya
ditanggung dan dijaga rapi oleh anak-anaknya..
kita hidup di dunia ini hanya sementara
mungkin kesakitan yang dialami oleh arwah tidak dapat
lagi ditanggung olehnya kerana umurnya semakin meningkat
arwah mengalami sakit tenat pada 7 febuari 2011
arwah tidak sedarkan diri, lalu di bawa ke hospital
doktor kata arwah didalam keadaan yang kritikal
paru-paru telah dimasuki kuman
dan buah pinggangnya tidak dapat berfungsi
apa yang dikatakan oleh doktor
adalah satu berita yang amat menyedihkan buat anak-anaknya
walaubagaimanapun anak-anaknya kuatkan semangat
dan sentiasa menjaga arwah dihospital
alhamdullilah, semua saudara mara dan jiran-jiran melawatnya di hospital
dan sedekah surah yassin kepadanya
sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir
arwah hanya menanggung kesakitan selama 3 minggu.
pada 24 febuari 2011, bersamaan dengan hari khamis
arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir
pada pukul 8.10 pagi
arwah pergi meninggalkan kami semua dengan keadaan yang tenang
dan tiada siapa disampingnya ketika arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir
oleh kerana, hari sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir
keadaan arwah seperti sudah kembali pulih
kerana arwah sudah boleh bercakap dan mengangkat tangganya
pada ketika itu, kami semua berasa seronok dengan harapan arwah boleh
kembali pulih
tapi keadaan menjadi sebaliknya
keadaan menjadi suram dan
arwah nenek saya telah dikebumikan di tanah perkuburan cheras baru
selepas waktu zohor..
~ al fatihah ~


kita hidup hanya sementara,
selagi kita masih bernyawa,
selagi kita masih bernafas,
hargailah segala apa yang telah
diberikan atau dipinjamkan oleh ALLAH s.w.t
selagi kita hidup di bumi ini..
kita tak tahu bila kita akan pergi
mungkin saat ini, hari ini atau esok atau bila-bila
sebab kita hidup hanya untuk sementara

Feb 20, 2011

satu MALAM

lepas habiskan masa keseorangan
pada malam sabtu di Bangi Kopitiam
saya terus pergi ke hospital
sebab sekarang ni my nenek sakit and
dah 2 minggu my nenek dekat hospital HUKM
and kondisi my nenek masih lagi kritikal
sedih bila tengok my nenek.. sebab sebelum ni dia sihat je
so malam ni saya bermalam di HUKM
the best part is, this is my first time
saya duduk dekat hospital untuk satu hari + tak tidur


~ satu malam di HUKM ~

saya rasa saya boleh jadi nurse sementara

lepas satu jam saya bangun then pergi jalan2 dekat dalm wad..

pesakit ada macam2 kerenah ok..

  • pesakit tidur memang tak lena

  • pesakit dah tidur sekejap then dorang bangun

  • bayangkan pukul 2 pagi pesaki boleh bangun sendiri buat nestum sebab lapar

  • ada pesakit yang overdos ubat then mengamuk tengah malam

  • lepas tu ada pesakit yang pukul 4 pagi dah siap buat kopi sebab nak breakfast

  • yang paling best bila ada pesakit yang dalam imaginasi..

  • contoh pesakit tu yek (pesakit tu ckp macam ni) - aduh, sakit... ah chao sudah datang ooo... saya banyak takut.. ah chao sudah datang oooo....

saya tengok kesian pun ada, kelakar pun ada, last sekali nurse bagi injection... then pesakit tu tidur + kena ikat..

p/s buat nurse-nurse sekalian

boleh tak tolong jangan kasar sangat

dah kata dorang semua tu pesakit..

tak kesian ke, memanglah pesakit tak boleh ikutkan sangat

tapi tolong jangan kasar dengan dorang ok

lepas tu muka tu kasi senyum sikit, jangan nak ketat je k..

pesakit yang sakit, dorang masuk hospital sebab nak dapatkan rawatan

Feb 19, 2011

~ saturDaY niTe ~

alone at BANGI KOPITIAM
so sekarang BANGI KOPITIAM n MC DONALD
akan menjadi tempat saya lepaking
seorang diri hingga lewat malam...
so rasanya saya dah bakal jadi macam dulu balik kot..
gie mana-mana keseorangan
walaupun my relationship is still on
but saya rasa macam no komen...
saya dah cuba buat apa yang terbaik..
saya dah cuba untuk betulkan keadaan
so sekarang ni saya berserah jelah..
tak larat dah nak fikir..
so dah seminggu my life is like being single
jln-jln sorang...
makan donut sorang
makan ice cream sorang
gie bukit ampang sorang
on9 sorang
and everything sorang..
saya cuba ok.. walaupun dah lama tak macam ni
i will try..
at least i try ok...

hair dryer talk..


kenapa saya panggil hair dryer talk
sebab selalunya all girls panggil pillow talk
with their friends or their siblings
tapi hari ni saya jadikan ia sebagai hair dryer talk
with my little sister..
cita dia macam ni
adik saya suruh hair dryerkan rambut dia
because dia nak keluar dengan SAMMY THE HORSY
so tengah-tengah hair dryer tu
kita orang dua beradik story morry
maklumlah dah lama kami dua beradik tak bercerita
cerita dia adalah pasal my relationship...
saya bagi tahu dia apa yang terjadi dekat saya sekarang
so bila dah cerita-cerita
tiba-tiba adik saya nak bengang dengan -- ----
adik saya memang jenis bila dia dah tak suke
so that mean dia memang tak suke
bila dah macam tu
kami berdua pun nangis
(kelakar pun ada)
and she said let it go
and think about myself

apa yang adik saya kata



adik saya cakap saya ni selalu fikir pasal orang lain
tapi untuk diri sendiri is "0"
adik saya kata saya selalu habiskan duit or apa sahaja untuk orang lain
tapi untuk diri sendiri is "0"
adik saya suruh saya fikir untuk diri sendiri
and adik saya merayu dekat saya supaya jadi keras hati sikit
adik saya kata jangan lembut hati sangat
adik saya kata jangan terlampau kesiankan dekat orang
adik saya kata dia kesian tengok saya
adik saya kata kalau orang tu kenal saya pun dia akan sedih bila tengok saya


ni lah yang adik saya kata dekat saya
so dah habis story morry adik saya pun dah siap
so dia pun keluar dengan SAMMY THE HORSY
thanks to my lil sis
i love u sis...
muaahhhhxxxx....
sekian sahaja hair dryer talk kami berdua..






Feb 18, 2011

EzzzzzZZZZaaaaLLLLLLL

thanks ezal..
i miss u too...
malam tadi EZALada call
dia offer job as a PA
tapi keje tu lambat lagi
dia just tanya if saya berminat ke tak
my answer is YES
tambah lagi bila dapat keje dekat tempat yang ada laut
aAAAAAUUUUWwwwww
the best part is keje tu dekat PENANG
so saya pun ok je..
PENANG ialah tempat yang boleh saya hidup selain KL
and PENANG juga adalah tempat saya akan tuju
kalau saya nak larikan diri...
lagi satu EZAL ni macam early edition jugaklah..
dia tahu apa yang saya rasa
dialah orang yang boleh buat saya luahkan segalanya
saya pun tak tahu mcm mn
but then benda ni berlaku masa saya pergi PENANG sorang dulu
thanks EZAL

anyway EZAL thanks
and i will keep smiling k...

Feb 15, 2011

why are YOU in my dreams

(lukisan sahaja)

saya tak tahu apa maknanya mimpi saya ini..
you know what.. saya tak pernah mimpi SI DIA
and saya tak nak SI DIA muncul dalam mimpi saya
dahlah dalam mimpi
ok, apa yang saya tahu pasal mimpi ialah mainan tido
tapi ada juga sesetengah orang-orang tua yang kata
ada mimpi yang membawa erti
tapi saya tak tahulah samada ianya benar ataupun tidak...


contohnya :

kalau mimpi dipatuk ular - maknanya ada orang nak masuk meminang

kalau mimpi patah gigi - maknanya ada sesuatu yang buruk berlaku dengan orang yang kita kenal

kalau mimpi rama-rama ada dekat dalam rumah - maknanya ada orang jauh nak datang rumah kita


ok ini apa yang saya tahulah.. so tak tahulah betul atau tidak. anyway apa yang penting kebanyakkan mimpi saya selalunya terbalik.. kalau saya mimpi happy maknanya saya akan sedih, bila saya mimpi sedih, saya akan happy.. inilah saya punya ciri-ciri.. dah kata mainan tidurkan... anything can happen


sometimes ada juga mimpi saya yang jadi kenyataan.. tapi ambil masa yang agak lama kadang-kadang dua minggu, kadang setahun pun ada gak... mesti ada yang pelikkan macam mana saya boleh ingat.. macam saya cakap... saya ni suke ingat benda yang berlaku dekat diri saya.. walaupun benda tu agak lama, tapi saya tetap akan ingat. bagi saya apa yang berlaku dekat diri kita ni, is something that we can learn from the pass or learn something new to improve ourself. bak kata orang melayu "belajar dari kesilapan/ belajar dari pengalaman"



saya rasa cukuplah sekali je SI DIA muncul dalam mimpi saya.. saya tak suka bila SI DIA muncul dalam mimpi saya.. sebab nanti saya akan ingat dekat mimpi tu.. the things is mimpi saya tu, tak tahulah nak kata happy ke tak.. ntahlah.. apa yang penting saya tak suke someone special muncul dalam mimpi saya.. taki kiralah my family ke, si dia ke, my todd ke, saya tak suke someone special come into my dream ok..

Feb 14, 2011

"saya bagaikan air"

last sunday i met someone...
and this is my first time i met him
MR SB (bukan nama sebenar)
actually he is my todd friend
so we met at old town white coffee at platinum walk..
i really wanna met him because i have something to share with him..
then we talked, we laugh.. ala-ala macam gossip + learning
ok lah.. he kind a nice and cool guy..
al maklumlah bila kawan dengan someone yang ambil
MSc in accounting, so knowledge dia macam tinggi jugaklah..
so dia ada story sikit about "metafizik"
honestly, i have no idea about this "metafizik"
but then bila dia explain to me one by one
i feel this "metafizik" interesting
some people think this "metafizik" like tilik nasib or ramalan
for me is memang sama but the different is
between sains or agama.. kind of lah..
so dah kira-kira my birthday the answer is my elemen is "water"
nak tahu apa charater saya sebagai "air"
i'm not sure if i'm the last person know about this or
ada lagi ramai yang tak tahu...
anyway.. at least i learn something new kan...
to anyone yang tak tahu boleh lah google for "metafizik"
kalau nak tahu what elemen did u guys goes to k..
for me apa characternya almost same k..
thanks MR SB for your advice
and your opinion about me..
and thanks for your help..

Feb 12, 2011

koh phagan




someone ajak saya untuk pergi ke KOH PHAGAN..
ok, actually before this saya ada dengar pasal
KOH PHAGAN atau pun KOH SAMUI
and saya ada dengar gak pasal full moon party
tapi dah lamalah....
tiba-tiba bukaklah balik pasal cerita ni
sebab SI DIA ada tanya saya sama ada nak travel tak
pergi KOH PHAGAN
kalau ajak jalan, jawapan saya ialah yes jelah
sebab memang suke berjalan
cuma datenya tak berapa pasti because my friend pun dah booking saya untuk
ajak pergi vacation kita tengok macam mana nanti k..
anyway KOH PHAGAN is perfect..
lawa gile, seronok kalau dapat pergi sana dengan someone special
bagi saya tempat ni romantic gile..