Feb 24, 2011

~ al fatihah ~

pagi yang mendung, jantung yang berdegup kencang, air mata yang tak dapat berhenti
memberikan banyak tanda tanya kepada diri saya
rupa-rupanya nenek saya telah pulang ke rahmatuallah.
3 minggu arwah mengerang kesakitan di hospital
semua anak-anaknya, adik beradiknya dan cucu-cucunya
tidak penat untuk setiap hari berulang- alik ke hospital
dan saya juga bersyukur kerana saya juga berpeluang
untuk menjaga arwah nenek saya di hospital.
arwah sebenarnya telah mengalami sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
arwah menghidapi penyakit ini lebih kurang selama 30 tahun
walaubagaimanapun kesakitan yang dialami oleh arwah
masih lagi dapat dikawal kerana segala perubatannya
ditanggung dan dijaga rapi oleh anak-anaknya..
kita hidup di dunia ini hanya sementara
mungkin kesakitan yang dialami oleh arwah tidak dapat
lagi ditanggung olehnya kerana umurnya semakin meningkat
arwah mengalami sakit tenat pada 7 febuari 2011
arwah tidak sedarkan diri, lalu di bawa ke hospital
doktor kata arwah didalam keadaan yang kritikal
paru-paru telah dimasuki kuman
dan buah pinggangnya tidak dapat berfungsi
apa yang dikatakan oleh doktor
adalah satu berita yang amat menyedihkan buat anak-anaknya
walaubagaimanapun anak-anaknya kuatkan semangat
dan sentiasa menjaga arwah dihospital
alhamdullilah, semua saudara mara dan jiran-jiran melawatnya di hospital
dan sedekah surah yassin kepadanya
sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir
arwah hanya menanggung kesakitan selama 3 minggu.
pada 24 febuari 2011, bersamaan dengan hari khamis
arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir
pada pukul 8.10 pagi
arwah pergi meninggalkan kami semua dengan keadaan yang tenang
dan tiada siapa disampingnya ketika arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir
oleh kerana, hari sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir
keadaan arwah seperti sudah kembali pulih
kerana arwah sudah boleh bercakap dan mengangkat tangganya
pada ketika itu, kami semua berasa seronok dengan harapan arwah boleh
kembali pulih
tapi keadaan menjadi sebaliknya
keadaan menjadi suram dan
arwah nenek saya telah dikebumikan di tanah perkuburan cheras baru
selepas waktu zohor..
~ al fatihah ~


kita hidup hanya sementara,
selagi kita masih bernyawa,
selagi kita masih bernafas,
hargailah segala apa yang telah
diberikan atau dipinjamkan oleh ALLAH s.w.t
selagi kita hidup di bumi ini..
kita tak tahu bila kita akan pergi
mungkin saat ini, hari ini atau esok atau bila-bila
sebab kita hidup hanya untuk sementara

No comments:

Post a Comment