Dec 28, 2009

SINGApore eve!!! part 3

nilah hotel saya tinggal.. hotel 81 nama dia.. dekat dengan bencoolen streets.. so far hotel dia ok... walaupun kecik, saya dengan mama saya sampai kena guna one way lah... sebab kecik sangat.. tapi ok lah.. nak tido malam je... bukannya nak duduk hotel je... bagi saya asalkan toilet bersih... itu yang sangat penting bagi saya...


nilah tempat station bus dari malaysia... sebelah dia adalah pelabuhan untuk cruise.. dia sekali dengan shopping mall. so bila nak balik tu habiskanlah duit disini.. sampaikan duit saya tinggal sin$4.40... hehehe... dasyat tak saya shopping..

yang sorang ni pun apa lagi, saling tak tumpah seperti kami. walaupun umurnya 23 tahun but now she want to stop counting her age... tak nak menjadi tua hehehe. still perangai macam budak-budak.. badan ye kecil tapi mulutnya sangat laser... macam orang tua... whatever it is i love u kak.... hehehe...


macam biasalah kami berdua. pantang diam je mesti tangkap gambar.. so apa lagi post.. hehehehe.. lepas tu kalau tangkap gambar mesti nak rapat sangat, berpeluk sana, berpeluk sini... sampai ada orang kata kami ni lesbian sebab bukan macam adik beradik. huhuhu!!!!.. hebat tak..


biasalah sementara menunggu bas samapi kul 3.30 petang. kami pun apa lagi tangkaplah gambar wat kali terakhir di harbour front... rasanya kalaulah pakai kodak atau filem, mahu beratus duit habis nak cuci gambar... ni nasib baiklah digital je.. so ni gmbr my mama with her little daughter..


i miss my home... and i still love my country MALAYSIA... ni dah nak pulang ke tanah air... WAH!!! macam gie berperang lak kan.. ni muka semua lesu and duit dah habis.. macam biasa saya duduk dengan kak oshin.. masa balik tu saya duduk di belakang. so saya ni pendek tak dapat lah tengok movie.. dahlah movie dia pasang tu best lak. movie knowing and push.. tapi saya tak dapat tengok. so lagilah bosan saya rasa, lapar lak tu, nasib baiklah dia bagi makan fish and chip and wedges so apa lagi makanlah saya... tapi nasib baiklah sepanjang jalan tu, main msg ngan MY TODD. maklumlah 3 hari kami bercuti untuk call dan msg.. padahal 3 hari je.. tak nak sampai 22 msg saya dapat yek.. kelakarkan.. anyway thanks MY TODD

sinGApoRe eve!!!! part 2

bangun pagi mesti senyum yek... ni senyuman pagi saya di singapore untuk hari kedua, walaupun kaki saya masih sakit. so jalan pun pakai selipar je.. jangan marah selipar baru... hehehe... masa ni plan pertama hendak ke little india and arab street.. so dalam plan jugak masa pergi ni nak naik cab..

xada keje yek kami, selagi boleh tangkap gambar, signboard pun nak post kan.. maklumlah perempuan... ni lepas breakfast dekat kedai kampung glam kafe.. masih lagi dekat arab street.. dekat sini memang senanglah nak cari kedai melayukan. so dah lepas makan apa lagi,, berjalan-jalan, amik gambar serta membeli belah... YAY!!!!


ni keadaan saya yang cukup melampau..huhuhu... kaki saya sakit sangat.. tak tahulah kenapa sakit. padahal dekat KL dah biasa dah jalan ulang alik dari Pavilion ke times square tapi still rasa tak larat... dalam pada tu juga dok fikir nak bagi apa untuk rakan-rakan di office.. macam biasa apa yang saya bagi ialah keychain je... sowie yek... itu je yang menarik saya rasa. hehehehe...



biasalah bila dah penat, mana-mana je boleh duduk sebab kaki dah lenguh. masa ni kami bertiga tengah tunggu mama saya shopping kain ela... tak cukup lagi tu kain ela yang saya bawak dari bandung. borong lagi dekat sini. alasannya sebab sini murah... yelah sangat mama.... arab street ni memang famous dengan kain ela.. banyak sangat orang jual kain ela daripada macam-macam jenis. lepas tu kat sini jugaklah terdapatnya souvenier-souvenier yang nak beli untuk bawak balik ke Malaysai. tengok jelah beg plastik yang adik and cousin saya pegang tu. semuanya adalah buah tangan untuk rakan-rakan di malaysia... nak cari souvenier pun rambang mata sebab pelbagai jenis n murah..



ni pulak gadis-gadis dari keluarga en yahya dan puan raftah.. hehehe... kalau part berjalan, buang duit, ketawa kuat, cakap merabak.... siapa lagi kalau bukan kami hehehehehe... ni pun sama gak otw nak balik hotel lepas dari arab street...



inilah jejaka yang yang akan menyelamatakan kami sekiranya berlaku sesuatu terhadap kami.... yeh!!!! diaorang dua orang ni jelah yang ikut kami ke singapore.. seorang is my cousin n seorang lagi husband kak ana.. still pengantin baru. so that mean ni honeymoon dorang kot.. hehehhe... masa ni otw dari arab street.. naik MRT sampai hotel, then malam bercadang untuk keluar semula. kiranya balik ni time rehat lah.. lepas tu habis kan wang.. heheheh...



ni gambar saya dengan my lovely sister.. biasalah kami berdua ni memang kaki shopping. sampai satu tahap tu adik saya boleh merajuk dengan mama saya. nak tahu sebab apa. sebabnya dia tak dapat handbag. adik saya boleh pusing satu shopping mall tu sebab nak cover dia punya marah. lepas tu dia dah ok dah, sebab apa, sebabnya the end dia dapat gak handbag yang dia nak.

ni hari kedua di Singapore.. malam tu. duit maisng-maisng dh habis untuk shopping. so lepak jelah dekat starbucks... aunty saya n my cousin masih lagi shopping sebab dorang ni suka kerja dua kali. macam saya kalau dah suka terus amik and bayar. dorang ni nak servey lah n macam-macam lagi lah. so tingal kami bereemp[at je dah relax. lagipun semua barang dah dapat. so lepak jelah. ni my mama with my cousin kak oshin. starbuck dia pun murah gak lah.

SingaPOre eve!!!!! part 1

ni pagi 24.. YAY!!!! singapore here i come... semangat yek nak holiday kat sana. saya pergi bertiga je, baba saya tak nak ikut.. tahu tak apa reason dia bagi bila saya dengan adik saya tanya dekat baba saya - kenapa baba tak nak ikut???? jawapan baba saya - sebab negara komunis.... heheheh... tulah jawapan dia.. so kami pergi hanya 8 orang sahaja.. suami mama n suami aunty saya tinggal. jadilah bapa tunggal.. hehehehhe...

saya duduk sebelah my best cousin a.k.a just like my sister to me.. love you.. muaaahhh.... saya duduk second row... yang third row tu kak ana and her husband abg din, fourth row pulak mak ngah and her son. my mom for surelah duduk depan sekali ala-ala driver yang tak ada stereng... hehehehe... ok sangat2 bus dia... boleh lah kalau nak gunakan perkhidmatan AEROLINE sekali lagi..




ni saya dalam bus AEROLINE.. keadaan dia ditingkat bawah.. agak lama jugak untuk sampai ke Singapore. amik masa dalam 6 jam jugaklah. sampai leh tengok 2 movielah. mula dia pasang movie transformer lepas tu dia pasang startrek lak.. oklah tu tak bosan, tapi sakit belakang... huhuhu... ada bagi light meal, light meal kitaorang semua dapat makan subway dalam bus, hebat tak. kalahlah naik kapal terbang masa saya pergi bandung tu. hehehehe...







ni pulak saya dalam MRT nak ke hotel 81... tempat saya menginap selama 3 hari.. MRT dia sangat berbeza dengan LRT kita. dalam dia agak besar dan agak laju jugaklah dia punya MRT... yang bestnya tiket MRT dia boleh refund... hebat tak.. saya dari harbour front nak ke dhoby ghaut sin$2.40.. setiap kali nak tukar stesen just add sin$1.oo.. lepas tu bila dah tak nak pakai tiket tu kita boleh refund balik duit kita... sangat bagus...



ni keadaan jalan raya di Singapore iaitu di bencoolen street.. masa ni saya dan semuanya on the way cari makan, tulah akhirnya jumpe kedai makan rex mackenzie... saya dekat sana boleh kurus yek, sebab asyik jalan kaki je.. lagi satu mungkin enviroment dekat sana and rakyat singapore memang suka jalan kaki. bila ada dekat simpang 4 saya rasa macam saya ada dekat Tokyo.. woooo!!! perasan lah pulak... hehehhe...


ni pulak satu-satunya restoran yang kami jumpa untuk makan. setakat 3 hari saya disana inilah kedai saya nampak ada tanda halal... so kami ketiga-tiga hari siang dan malam makan disini. sampaikan dah nak balik pun, kedai belum bukak still duduk depan pintu tunggu sampai kedai ni buka, sebab lapar gile... tapi makan dia agak mahal lor.. bayangkan nasi goreng dia $4.80 = RM11... so nak wat macam mana makan jelah n the best part is kedai ni sangat sedap dan menyelerakan. lepas tu pekerja dia semua veteren. hehehehe... kalau nak ikutkan kedai dia kat Malaysia ala-ala, macam cozy atau madam kwan ......


ni pulak muka saya yang happy sangat sebab lepas makan and dah sampai ochard road.. so what time is it... SHOPPING TIME!!!!! saya, mama saya n adik saya n termasuklah cousin and aunty saya, semuanya rambang mata dengan barang-barang yang murah, even dia punya mata wang sin dollar..



ni muka penat saya, lepas satu orchard road dah pusing. tu pun ada lagi shopping mall yang tak masuk. nasib baik lah Malaysia tempat shopping mall dia banyak tempat. kalau dekat singapore ni tak nak semua shopping mall dekat satu kawasang. Aduyai!!! penat nak jalan tapi best sangat, sebab apa, sebab menghabiskan duit. hehehehe.....

Dec 22, 2009

my picture!!!!

me with the love balloon

my little sis, me and my cousin kak oshin


boboy my cousin



pengatin baru kak ana & abg din




3 crazy girls



sweet sibling

18 DECEMBER 2009

walau macam mana pun,
18 december saya sangat gembira
hari jumaat sampai hari sabtu, saya dengan family saya pergi bercuti di Port Dickson. walaupun percutian ini sebab baba saya ada keje, tapi saya enjoy je. family mak ngah pun pergi sekali. so maksdunya ramailah pergi tu yang tak bosan tu.
lepas tu the best part is saya jumpa balik dengan crew lama baba saya masa dia keje dekat PTS ADVERTISING dulu.. saya dahlah memang suka dengan dia, sekali jumpa balik. so sekarang ni dia handsome sikit lor. ala-ala muka macam jepun sikit.. hehehehe... so saya tak nak lepaskan peluang ni untuk cakap dengan dia. so dia pun tersengeh-sengeh and sibuk sangat dengan dia punya PDA. he already married. best tak cerita tu.. saya agak terkejut dengan dia.. ooo lupe lak nama abang tu abang Andy. yang sedihnya dia dah kahwin tapi wife dia lari sejak 3 bulan lepas, saya sendiri pun tak tahu kenapa. n dia pun frust gaklah. but ok lor...
sepanjang saya dekat sana, saya just jalan-jalan cuci mata n gie karoake.. hati memang nak mandi swimming pool. tapi mak ai!!! swimming pool dah jadi macam air sungai tahu tak. maklumlah saya duduk di Tiara Beach Resort so ala-ala taman tema air di Sunway Lagoon. tapi yang tak bestnya dorang mandi tak pakai swimming suit. so dorang pakai baju yang warna dia boleh turun n membuatkan air swimming pool tu tukar calour... ouch!!!! tak selera saya nak mandi.
walau macam mana pun, saya happy sebab ada moment together with my family and my cousin. ada satu benda yang saya sangat kecewa sebab tak dapat gie pantai. saya dahlah suka pantai... nak wat macam mana kan. so lalu jelah tepi pantai buatan sendiri tu.. huhuhuh!!!!!
next holiday saya akan ke singapore
hoipefully i have fun at there
and enjoy celebrate christmas.....

Dec 21, 2009

17 DECEMBER 2009

It's was my bad day
but a good day for efy fiaty kamal
i'm happy for u (get a new car)
5.45 pm
topek hantar saya dekat taxi stand carefour. hari ni saya kena balik naik teksi sebab tak ada orang leh amik. so ok lor... but the best thing is tak ada teksi, hujan n tak ada satu teksi pun nak ke rumah saya. dengan reason dekat sangat. so dorang tak boleh nak hentam harga mahal-mahal kot. i guess???
6.00pm
masuk carefour sambil jalan-jalan sementara nak tunggu hujan berhenti n hope maybe ada teksi yang boleh hantar saya pulang.
6.15pm
still tak ada teksi yang mahu hantar pulang, so try call my mama but my mama tak dapat amik coz dia dekat great eastern mall meet her friend. then saya try call my cousin, tak dapat amik gak sebab sibuk dengan kawan dia. lepas tu call my friend syira still keje and ada hal. then end dengan harapan yang tinggi call my bf (my todd) sama je tak sempat nak cakap, dia kata dia nak tengok bola Malaysia vs vietnam. OMG sakitnya hati. lepas tu try tanya teksi lagi, still tak ada respon yang dorang boleh hantar saya pulang.
6.40pm
saya pun jalan-jalan lagi dekat carefour, beli magazine, makan mc d sementara nak tunggu ada sesiapa sahaja yang boleh hantar saya pulang. dahlah kepala saya agak sakit masa tu. the best part is, dalam tengah duduk baca magazine, makan mc d. saya trylah nak call my mama, sekali phone lak dah kena bar lah. so bayarlah bil. saya agak musykil dengan bil saya yek.. siapa yang pakai lebih pun tak tahu.
7.00pm
sekali tu, saya dah bayar bil nak kena tunggu lak dia boleh on, at last, saya tengok dalam purse saya tak ada duit langsung. YAY!!!! malang nasib.nasib baiklah mama call cakap dia boleh amik tapi lambat sikit. saya pun ok je lor.
7.30 pm
sampai umah, masuk bilik, nangis, off handphone... lepas tu baru ok..
tension gile masa tu...
tiba-tiba rasa macam ssh sangat
walaupun hanya beberapa jam
macam-macam boleh berlaku
dan apa sahaja dugaan bakal berlaku dalam sekelip mata

Dec 7, 2009

vampire ROMANCE!!!!








So sweet.. i love twilight movie it's so romantic.. Even the movie look like weird feeling just because human falling in love with vampire or wolf.. but it's doesnt matter i really-really love this twilight movie... not because it's a romantic movie but i also love their videography, location, and graphic 3D in this movie.. but i'll repeat i love twilight movie.....
* who liked romantic movie will love this TWILIGHT
* who liked robert pattinson will love this TWILIGHT
* who like taylor lautner will love this TWILIGHT

that all i'm gonna said about TWILIGHT SAGA : NEW MOON and i can't wait to watch the next movie of twilight...