Jun 30, 2011

the end of JUN 2011

today is the last day of jun
tomorrow is the first day of july
hopefully my day become better then yesterday
because yesterday is history
tomorrow is a mystery
today is a gift
and that's why it's called the present....



WELCOME JULY 2011

Jun 29, 2011

bola..bola..bola...



ni kali pertama saya tengok bola Malaysia , selepas cousin saya berhenti main bola sepak untuk Kuala Lumpur. selalu tengok bola international je. Dasyat tak.. Anyway best gile, dengan sorakan penonton yang gile-gile + bila gol semua melompat, menjerit and ada yang duduk diam je... bila tak masuk gol, mulalah marah cakap (apa tak reti mainke).. Apa-apa pun.. sangat seronok bila kita turun stadium tengok live punya..



Thanks to my todd

Jun 24, 2011

u pergi mana yek ???

where have you been ??

you missing in action

you already promise me that you

tak kan hilang lagi

and you said that u wanna still friend with me until the end

but now u hilang..

tak kisah kalau tak call, tak msg

but jangan hilang macam tu je

and you know what

you always coming into my dream

which is, i dont like it

please go away from my dream

because everytime you in my dream that's mean

u are always in my mind..

so please....



Jun 22, 2011

apa perlu buat bila kita putus cinta???




perkara ni selalu saya tertanya-tanya

kalau kita putus / pisah / broke up / clash

APA YANG PERLU KITA BUAT??

WHAT WILL WE DO???


apa yang saya selalu nampak bagi perempuan :



  • nangis / melalak / melaung (ni kalau gile babi punya sayang dekat mamat tu )


  • makan coklat / ice cream ( ni cara nak lepaskan untuk certain perempuanlah)


  • shopping (ni pun nak lepaskan tension bila kena putus)


  • cari mamat lain (ni lak kalau perempuan tu tak suke dekat mamat tu)


  • berhijrah (ni kalau seorang perempuan tu berkorban)


  • bunuh diri (ni akal pendek maknanye)


  • grooming (ni nak tunjukkan dekat mamat tu betapa mamat tu menyesal putus ngan dia)


  • psiko (ni kalau nak balas dendam)


  • sibukkan diri (ni kalau nak lupakan mamat tu)

and saya still keep thinking apa yang kita perlu buat kalau kita putus cinta ??? semua benda ni actually mesti ada berlaku dekat setiap perempuan. Sebab perempuan bila dah sayang seseorang tu, dia akan lakukan apa sahaja. Memang kadang-kadang mulut cakap lain, tapi sebenarnya hati sayang gile. lagi satu kalau depan orang memang berlagak poyo gilelah tunjukkan yang kita ni kuat, tapi bila balik rumah menangis sorang-sorang sampai mata bengkak. Bagi saya tak salah kalau buat semua perkara yang diatas kecuali bunuh diri ok.. We need some space bila kita dah kena dumb dengan mamat tu. Tapi kenapa solution dia PUTUS.. kenapa tak dengan cara yang elok. Mungkin putus tu satu kebahagiaan, macam tu. bak kata SHAHIR kebahagiaan dalam perpisahan. Hurm.. entahlah..


Lagi satu benda yang diatas tu, bukan sahaja dilakukan oleh kaum perempuan trust me kaum lelaki pun ada jugak ok.. sama je laki or perempuan.. Jawapan yang saya dapat, Sebenarnya tak ada benda yang kita perlu buat kalau kita putus cinta tapi hanya satu cara sahaja mohon pada yang ESA, hanya dia sahaja yang mampu untuk berikan kita segalanya. Kalau kita putus kita perlukan ketenangan dan kekuatan untuk terus hidup bukan untuk balas dendam. Segala yang berlaku ada hikmahnya.



Jun 19, 2011

Present for my BABA




hahhahahahha.... hadiah untuk BABA saya semperna FATHER"S DAY.. kena tolong saya tukarkan tayar kereta saya yang masuk paku.. Sorry BABA.. first time saya kena tukar tayar kereta. Tapi tak apa sebab BABA saya ada.. HAHAHAHHAHH!!!! walaupun kotor, pengalaman pertama. Hadiahnya ialah moment saya dengan BABA saya tukar tayar kereta. Sebelum ni saya tak kisah sangat, tapi disebabkan tayar kereta yang pancit tu kereta saya, so kena tolong sekali.. But we have fun together and learn how to tukar the tayar. So hopefully next time i can do it by myself.. YAY!!!... hopefully lah.. Kalau tak pun tinggal je tepi jalan.. hahahahha.. Thanks BABA...

Happy Father's Day!!!!!!

i love my baba


i love to be his daughter


and i'm proud to be his daughter


and everybody can be a father but


its difficult to be my baba


because i only love my baba..




Sometimes "Father's DAy" celebration tak meriah sangat macam "mother's day". Because ramai yang menganggap mother day lagi special. One thing ialah emak, mama, mummy, ibu, umi yang melahirkan kita ke dunia ini. Dan syurga dibawah tapak kaki seorang ibu, baik buruk mana pun emak, mama, mummy, ibu, umi mereka tetap darah daging kita. Kalau tak ada mereka siapalah kita.



Tapi kalau seorang ayah, baba, walid, daddy ramai yang tak ambil peduli mengenai mereka. Salah satu sebab ialah mereka ialah seorang lelaki. Kadang-kadang ada yang menganggap lelaki kuat, tak akan mudah untuk menitiskan air mata. Tapi bagi saya semua manusia di dunia sama sahaja. Yang berbeza hanya jantina, kaum dan agama. Pernah tak melihat seorang ayah, baba, walid atau daddy awak semua menangis. Apa yang awak semua rasa?? Awak semua akan berasa sedih dan sebakkan.. Paling terkilan bila seorang ayah, baba, walid,daddy yang akan nikahkan (wali) kita semasa majlis perkahwinan kita nanti. Bagi saya itulah kehebatan dimana seorang ayah, baba, walid atau daddy dalam diri mereka. Sejahat-jahat mana pun, seego-ego mana pun dengan kehadiran cahaya mata, seorang ayah, baba, walid, daddy akan jadi lemah. Kerana cahaya mata tidak kira perempuan atau lelaki adalah lahir daripada dirinya.




BABA SAYA



BABA saya mempunyai ego yang sangat tinggi. BABA saya bukan seorang yang romantis. BABA sangat teliti dan bertanggunjawab dalam setiap kerja yang dia lakukan. BABA saya mempunyai angan-angan yang sangat tinggi. BABA saya sangat kelakar. He can be a clown when you cry. BABA saya seorang yang cool. BABA saya susah nak marah tapi sekali dah marah semua orang kelu lidah untuk berkata-kata.. BABA saya adalah idola saya. Sampaikan saya pernah cakap dengan adik saya, kalau saya ada boyfriend saya nak macam BABA saya. BABA saya banyak keistimewaan tapi hanya satu sahaja kelemahan yang dia ada, nak tahu apa...



BABA saya sangat sayangkan saya dan adik saya. Kalau mama saya yang sakit, BABA saya akan cakap makan je ubat tu. Tapi kalau saya atau adik saya yang sakit sekejap je BABA saya dah ada depan mata and BABA saya akan suruh pergi ke klinik. Kalau saya dan adik saya balik lambat. BABA saya yang akan telefon and dia tak akan tido selagi kami tak balik rumah. Kalau saya atau adik saya pergi bercuti atau pergi mana-mana je, contoh saya pergi plkn BABA saya yang rindukan saya lebih dari mama saya. Kelemahan BABA saya ialah dengan dua orang puterinya.



BABA saya sanggup lakukan apa sahaja untuk anak-anak dia. BABA saya akan bagi yang terbaik untuk anaknya. Macam biasalah disebabkan saya anak yang sulung, saya akan dapat apa sahaja yang terbaru.. Tapi ini waktu kecil. Bila dah besar segan nak minta.



So now, it's time for me to balas segala apa yang telah BABA saya lakukan untuk saya. Saya tak sanggup tengok BABA saya menangis, saya tak sanggup tengok BABA saya susah... Saya juga nak minta maaf kalau saya pernah buat salah dengan BABA saya.. Apa yang penting saya sangat sayang akan BABA saya.




HAPPY FATHER"S DAY TO MY BABA


love u baba..


from your eldest daughter



Jun 15, 2011

~ Movie yang sama 3 kali ~




Amik kau sampai 3 kali saya tengok movie ni. Baik punya!!!!

First sekali saya pergi tengok midnite kat Leisure Mall with my cousin, kak nina,ain, emy and ijul.. Pergh.. kami semua tengok mendongak kepala. Nak sangat tengok layan jelah.. Nasib baik ceritanye tidak mengecewakan langsung.. Terbaik Shamsul, Terbaik SKOP PRODUCTION. Cite ni memang awesome, at least filem Malaysia dah boleh buat filem action yang mantap. And one more thing ada Aaron Aziz n Adi Putra. Tengok pun macam seronokkan.. Apa yang lagi seronok ialah bila ada Zizan aka Abang long dil/abang long Fadhil and Ajib dengan trademark dia.. dorang dua memang best lor.. Second time saya tengok dengan Mytodd kat pavi. Kali kedua saya tengok macam dah tahulahkan cite dia tapi tetap maintain layan, tak bosan. Kali ketiga saya tengok dengan family saya dekat MBO.. Still penuh n saya siap dah boleh hafal skrip. Sampai adik saya suruh diam...




Apa-apa pun saya agak jatuh hati jugaklah dengan kekacakan Shamsul aka Shark.. hahaahhahaha.. ooopsss... daripada tak suke terus jadi sukekan.. tapi still tak boleh kalahkan Malek aka Aaron Aziz ok..




Congrats to Shamsul and Skop Production... filem action terbaik dari ladang Malaysia wok!!!!!!




Jun 13, 2011

Happy FrIendship Day

HAri pertama i start cakap dengan u ialah

pada 13 January 2011, pada pukul 11 lebih lah


ni pun gara-gara housemate u + my boyfie


tak pickup phone bila i ada emergency


u know what, first time i nak call u


gila punya takut, sebab i tak pernah cakap dengan u


but then nak minta tolong pulak tu.


huh!!!!.. kuatkan semangat jelah call


then thank god u angkat n help me with


my childish boyfriend yang suka main2..


hahahahhahaa... LOL!!!!





After that barulah kita meet dekat luarkan,

and kita dah jumpa and lepak sama sebanyak 5 kali

BETUL TAK???







  1. First place dekat OLD TOWN SRI GOMBAK. malam tu i with my cousin



  2. Second place dekat OLD TOWN PLATINUM WALK, ni dengan HIM..



  3. Third place OLD TOWN AMPANG WATERFRONT, ingat lagi tak?? Masa ni i with my sister + with my cousin yang ala-ala tu.



  4. Tempat keempat ialah AYAM PENYET API dekat sri gombak. Time ni ada sedikit keje yang u kena buat for your love. Remember???


  5. Last sekali dekat SECRET RECIPE WANGSA WALK... time ni nak story morry dengan u but tak sempat.. aduyai.. so story kita pending ok.


Previously kita pun ada text,call and the latest one kita WHAT APPs.. hahhahaahha!!! Walaupun line i selalu hilang.. Anyway nice to know you. And happy to know u. And the important is thanks coz cari i bila you ada problem.. Thank you so much..




Happy FriendShip Day MR SB / BOSS / FAD




* listen to the Bruno Mars song "count on me"



this is present for you


Jun 5, 2011

apa itu cinta???

saya tak pernah minta untuk dicintai

saya tak pernah minta untuk dilukai

saya tak pernah minta hadiah mewah

saya tak pernah minta wang ringgit


tapi salah ke kalau saya minta kesetiaan,

salah ke kalau saya minta kasih sayang

atau salah ke kalau saya minta untuk dihargai


cinta pertama memang akan kekal dalam ingatan

tapi cinta terakhir akan kekal sampai mati

bila saya kata awak orang terakhir

jadi itulah janji saya..


bercinta memang indah

bercinta juga adalah satu hubungan

dalam perhubungan ada pasang surut

ada jodoh adalah

kalau tak ada jodoh, hubungan cinta akan berakhir


tapi orang kata cinta itu buta

tapi kenapa lafaz cinta boleh diungkap seribu kali

dengan orang yang berbeza

bila hubungan berakhir

dapat pengganti, lafaz cinta itu

akan diucap sekali lagi

tapi dengan pasangan yang berbeza

apa makna cinta sebenarnya???



Jun 1, 2011

~ jun is coming ~

1 month more


kalau saya tak nak kira hari bulan start jun ni boleh tak


sebab saya nak lupakan tarikh saya lahir dekat dunia ni..


boleh tak????