Jun 19, 2011

Happy Father's Day!!!!!!

i love my baba


i love to be his daughter


and i'm proud to be his daughter


and everybody can be a father but


its difficult to be my baba


because i only love my baba..




Sometimes "Father's DAy" celebration tak meriah sangat macam "mother's day". Because ramai yang menganggap mother day lagi special. One thing ialah emak, mama, mummy, ibu, umi yang melahirkan kita ke dunia ini. Dan syurga dibawah tapak kaki seorang ibu, baik buruk mana pun emak, mama, mummy, ibu, umi mereka tetap darah daging kita. Kalau tak ada mereka siapalah kita.



Tapi kalau seorang ayah, baba, walid, daddy ramai yang tak ambil peduli mengenai mereka. Salah satu sebab ialah mereka ialah seorang lelaki. Kadang-kadang ada yang menganggap lelaki kuat, tak akan mudah untuk menitiskan air mata. Tapi bagi saya semua manusia di dunia sama sahaja. Yang berbeza hanya jantina, kaum dan agama. Pernah tak melihat seorang ayah, baba, walid atau daddy awak semua menangis. Apa yang awak semua rasa?? Awak semua akan berasa sedih dan sebakkan.. Paling terkilan bila seorang ayah, baba, walid,daddy yang akan nikahkan (wali) kita semasa majlis perkahwinan kita nanti. Bagi saya itulah kehebatan dimana seorang ayah, baba, walid atau daddy dalam diri mereka. Sejahat-jahat mana pun, seego-ego mana pun dengan kehadiran cahaya mata, seorang ayah, baba, walid, daddy akan jadi lemah. Kerana cahaya mata tidak kira perempuan atau lelaki adalah lahir daripada dirinya.




BABA SAYA



BABA saya mempunyai ego yang sangat tinggi. BABA saya bukan seorang yang romantis. BABA sangat teliti dan bertanggunjawab dalam setiap kerja yang dia lakukan. BABA saya mempunyai angan-angan yang sangat tinggi. BABA saya sangat kelakar. He can be a clown when you cry. BABA saya seorang yang cool. BABA saya susah nak marah tapi sekali dah marah semua orang kelu lidah untuk berkata-kata.. BABA saya adalah idola saya. Sampaikan saya pernah cakap dengan adik saya, kalau saya ada boyfriend saya nak macam BABA saya. BABA saya banyak keistimewaan tapi hanya satu sahaja kelemahan yang dia ada, nak tahu apa...



BABA saya sangat sayangkan saya dan adik saya. Kalau mama saya yang sakit, BABA saya akan cakap makan je ubat tu. Tapi kalau saya atau adik saya yang sakit sekejap je BABA saya dah ada depan mata and BABA saya akan suruh pergi ke klinik. Kalau saya dan adik saya balik lambat. BABA saya yang akan telefon and dia tak akan tido selagi kami tak balik rumah. Kalau saya atau adik saya pergi bercuti atau pergi mana-mana je, contoh saya pergi plkn BABA saya yang rindukan saya lebih dari mama saya. Kelemahan BABA saya ialah dengan dua orang puterinya.



BABA saya sanggup lakukan apa sahaja untuk anak-anak dia. BABA saya akan bagi yang terbaik untuk anaknya. Macam biasalah disebabkan saya anak yang sulung, saya akan dapat apa sahaja yang terbaru.. Tapi ini waktu kecil. Bila dah besar segan nak minta.



So now, it's time for me to balas segala apa yang telah BABA saya lakukan untuk saya. Saya tak sanggup tengok BABA saya menangis, saya tak sanggup tengok BABA saya susah... Saya juga nak minta maaf kalau saya pernah buat salah dengan BABA saya.. Apa yang penting saya sangat sayang akan BABA saya.




HAPPY FATHER"S DAY TO MY BABA


love u baba..


from your eldest daughter



No comments:

Post a Comment