Aug 5, 2009

HARI KEEMPAT di pahang

TIME: 6.30 AM
DATE: 23/7/09
PLACE: SEKOLAH KEBANGSAAN KG TENGAH
AAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Masih lagi bangun pagi... adoi penatnya.. ni lah rutin harian saya selam 4 hari di temerloh.. penat wow!!! tak cukup tido. n sayalah orang yang akan bangun pagi dulu sebab apa lambat siap... padan muka awak farahana ridzuan.. tapi takpe hari ni hari terakhir saya di temerloh. lepas ni kami semua akan pergi ke kuatan pula. YAY!!!!
DALAM PERJALANAN
Masa dalam perjalanan tu semua masih lagi diam je. maklumlah awal pagi. kali ni saya bersama MR Dazarin. dia jadi cameraman saya n en jack bersama-sama awek pitbull (ceh kembanglah tu) efy fiaty kamal. so semunya berjalan lancar. n ni lah first time saya buat shooting dekat sekolah rendah. adventure sikitlah. semua murid-murid kat sini tomei... tomei... masa shooting tu semuanya berjalan lancar tapi saya dengan dazrin mengalami sedikit kesukaran masa nak interview budak. ialah kalau kat KL murid semua advance sini minded dorang low sikit. tapi walaumacammana pun saya akan cuba sedaya upaya. sampaikan saya kena buat cue card untuk budak-budak ni. tapi masih lagi tak reti cakap. ADOI... TIBA-TIBA SAYA BERASA TENSION. so saya amik peluang ni untuk interview cikgu yang banyak. n nasib baiklah cikgu semua pandai bercakap n ada pulak tu yang dah terlebih-lebih bercakap. penat saya nak layan. tapi alhamdullilah segalanya berjalan dengan lancar. team efy habis dulu so dorang tunggu di kantin sampai tertido. n kami di jamu selera dengan mee hoon. dalam pada itu sempat lagi cikgu-cikgu tak nak keneng-kenengkan kami. so layan jelah cikgu... terima kasih warga sk kg tengah.lepas habis singgah sebentar di rumah topek untuk makan tengahari....
RUMAH TOPEK
masa kat rumah topek kami semua memang kelaparanlah kan. then mak topek masak banyak lak tu n sedap ada ikan patin, ada ikan bakar, ada kerabu yang ala-ala efy tak kenal samada kacang botol ke kacang kelisa... u ur so funnylah babe...kami pun makan lah sampai kenyang. yang bestnya orang lain dah berhenti efy yang tak berhenti-henti.. hebat tak... bila semua dah membesarkan perut, kami pun readylah nak ke kuantan. topek bekalkan kami dengan rambutan. n dalam pada tu kami suruhlah topek cakap ngan en jack yang dia nak keje. SO HOPEFULLY TOPEK DAPAT K. CHAI YOK!!!CHAI YOK!!! next location =>
DALAM PERJALANAN
bila dah kenyang semualah duk mata tinggal suku kan. macam biasa efy memang pantang naik kereta dia mesti lelapkan mata yek bukan tido tapi lelapkan mata hehehe.... then saya dengan en jack pun ala-ala nak tido gaklah.sakitnya hati coz semua berkeliaran dalam kereta yek. terima kasihlah topek bagi rambutan tak buang semut dulu. saya pun picit sana picit sini nak bagi semut tu mati sebab saya memang tak suka dengan insect ada fobia yek sikit. tapi wat tak tahu jelah. sian kat daz sebab dia drive. so daz kena bukakan matanya kalau tidak kami semua masuklah ke dalam tujuh kaki bawah... huhuhu...
KUANTAN
Sampai je dekat kuantan mata saya pusinglah sebanyak 360 darjah sebab tak pernah datang kuantanlah katakan. so first impression saya fikir hebatlah... tu pun sebab najib kalau bagi kat nik aziz memang masih mundurlah lagi. ooopppsss!!! masuk nama politik lak.. (tak ada kena mengena samada yang hidup atau yang mati).kami pun terus cari hotel iaitu season boutique hotel. sebelum check in kami singgah di kedai mamak untuk supperlah konon. tapi perut saya masih kenyang yek sebab makan banyak kat rumah topek tadi. dah makan balik barulah check in. masuk je hotel wow!!! nilah pengalaman pertama saya tinggal di hotel sebegitu. saya msglah kat adik saya
fara: dik u nak tahu i tinggal hotel kecik n tak ada tingkap
adik: dia boleh gelak (huuuuuuhahuhahahauuuuuuhahahhhhah)
fara: wei janganlah gelak.
adik: dia kata tak pelah sekali sekala ala-ala paris hilton masuk kg.
fara: yelah tu
daripada kecik sampai besar saya tak pernah tido di hotel yang tak ada tingkap n tak ada bathtab n yang bestnya saya tak pernah tinggal dihotel yang bawah RM100. bukan nak berlagak tapi memang tak biasa. tapi tak pe saya terima cabaran ini an at least adalah sikit experince duduk sebegitu. dah nama pun pergi outstation dengan office bukannya dengan familykan. so mandi-mandi n tidocoz besoknya shooting di lokasi terakhir...
YAY nak balik KL dah.
TO BE CONTINUE TO THE LAST DAY

No comments:

Post a Comment