Aug 5, 2009

YAY!!! LaST Day..

TIME: 6.30 AM
DATE:24/7/09
PLACE: SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SERI PELINDUNG
WAKE UP..... BANGUN..... WAKE UP....
kali ni bila saya bangun seronok sikit sebab hari terakhir. so excited menjelma.. then macam biasalah saya siap dulu n kali ni efy terbangun lambat sikit n dia pun kelam kabut. sowie efy... fara dah gerak tapi efy tak bangun so fara pun diam jelah. saya yang reti pulak kan gerak orang bangun tido. itulah satu perkara yang saya takut nak buat. sebab selalunya kalau orang yang tengah tido dia akan cepat marah coz ganggu dia tidokan so that why lah saya takut nak kejutkan orang. so jumpalah di lobby breakfast di hotel n go to the last location iaitu smteknik seri pelindung....
DI SEKOLAH
sampai je disekolah kami terus ke pejabat. saya dengan en jack n efy dengan dazrin. sampai je dekat sekolah tu kami macam tetamu tak diundang. agaknya pengetua sekolah tu mesti marah ngan saya yek coz nak juga shooting kat sekolah dia walaupun dia tak bagi. nak buat macam mana orang nak famouskan sekolah dia tak nak. peliklah manusia ni. macam-macam pe'el.... tapi saya teruskan juga shooting dengan cikgu zaidee saya. ok lor dia best sangat n sporting. dia ajar servis kenderaan. yang bestnya saya masuk bengkel dah lah bengkel dia macam fast n furious kan. so saya pun poyolah nak jadi macam megax foxx gadis kereta hehehehe... (ada hati badan saya pun double size ngan badan dia - musnah harapan) takpe masih lagi teruskan shooting n saya seronok sangat sebab inilah matapelajaran yang interesting gilekan. so ada buat interview ngan guru n murid. yang best part ye en jack leh interview tak pakai headphone hebat tak bos saya gilelah HNJ.. dia kata ok so saya pun tak dengar lagi audio dia. so hopefully okaylah. bila dah habis saya akan sambung petang tu dengan ragbi. saya dahlah suka rugby ni coz badan dorang besar n mantap wah melampau yek otakku.. tiba-tiba. JENG...JENG...JENG.... =>
QATAKKU
Qatakku msg dia kata dia nak jumpa saya. saya memang tak ada plan nak jumpa dia coz selalunya kalau plan mesti tak jadikan. tengok-tengok dia dah nak otw gi sekolah tu. saya kata tak yah tunggu saya kat hotel, dia pun kata ok.. patutlah saya lepas habis tu tak sedap hati n mulalah nak membuangkan saham saya yang sangat banyak didalam perutkan. so saya pun ok je. perasaan masa tu tak tahulah happy ke sedih ke, so kita tunggu jelah apa yang nak berlaku k.
BALIK HOTEL
balik je hotel, saya siap-sipa nak jumpa Qatakku. hati tak nak berdebar-debarkan. so just go on jelah. efy ready untuk gi makan dengan dorang n saya tak ikut.
60 MINIT BERSAMA QATAKKU
WOW!!! rindunya dengan Qatakku. masa jumpa nak tu rasa macam nak kiss nak hug semua adalah. tapi nak wat macam mana saya perlu menyedari kedudukan saya dengan dia. tapi kalau setengah orang dia kira apa yek. tapi macam saya, saya ada sifat takut sedikit. lepas tu saya pandang je muka dia. sebab saya tekad macam nak settlekan keadaan yang saya nantikan masa dulu. so beranikan dirilah. daripada awal sampai saya turun je kereta saya paandang mata dia sebab saya nak tahu apa perasaan dia dekat saya. (pasal ni diakhir rancangan k) so dia bawak saya gi megamall nak makan. tapi dia kata tak leh lama coz dia ada meeting pukul 2. then kami pun menghabiskan masa selama 30 minit didalam kereta di parking. hebat tak.. masa tu semuanya dah terjawab.
ara: kita macam mana
Qatakku: kita macam ni, kita merancang tuhan yang tentukan
ara: kalau kita nak merancang tapi masih tak ada jawapan macam mana nak jadi
Qatakku: (diam seribu bahasa)
ara: awak anggap ara ni sapa
Qatakku: kekasihlah sayang
ara: so..
Qatakku: (dia macam naik angin jugaklah.)
so saya pun tak tahu nak jadi apakan. sakit hati jugaklah time tengah jumpa tu kawan dia ada kat situlah n kawan dia call lah. bengang je. rasa macam nak turun dari kereta n balik. nasib baik kat kuatan kalau kat kl dah lama dah leh buat macam tu. dia pun macam dah bosan saya suruh dia hantar balik n di hantar saya balik. masa nak ke hotel tu dia pegang tangan saya. tapi tak tahu apa maknanya. sampai je hotel dia macam give up. n saya harapkan yang dia akan tarik tangan saya tapi tidak.sedihnya!!! (mata dia saya tak nampak Qatakku cintakan saya seperti dulu 1 tahun yang lepas. mata dia macam berbelah bagi n macam-macam dia fikirkan n dia keliru itulah yang saya nampak dekat mata dia.) tapi sebelum turun saya bagi last kiss (i now Qatakku akan ingat kiss saya sampai bila2 bcoz itu first kiss saya n last kiss saya untuk Qatakku.) sebab sebelum ni saya tak layan sangat kat dia. ayat terakhir dari saya
ara: awak pikirlah apa yang awak nak, ara tak suka share n ara dah penat. bila dah pikir bagilah ara jawapan . ara terima dengan redha.
saya pun terus turun n naik bilik.
DALAM BILIK
Saya tak tahu kenapa saya tak nangis tapi coklat still makan. so kuatkan jelah semangat tu yek.
PETANG DI SMTEKNIK SERI PELINDUNG
Saya ada penggambaran terakhir untuk rugbi. macam biasa en jack cameraman saya n jalankan tanggungjawabnya. penat lol... tapi best sebab dah nak balik kl. so saya mengucapkan kepada cikgu zaidee yang amat sporting..
SINGGAH SEBENTAR DI TELOK CEMPEDAK a.k.a TELOK TEMPOYAK (EFY)
WAH!!!cantiknya.. maklumlah saya ni suka laut. the best part is mc donald dia tepi pantai. hebatnya. saya makan ice cream sunday cornetto cokelat. makan sambil menikmati baut laut n fikirkan apa yang terjadi. apa yang bermain dalam fikiran saya :
* dengan siapalah saya boleh berjalan tepi pantai sambil berpegangan tangan, main pasir, main air laut n tengok matahari terbenam.
* saya terfikir kadang-kadang saya nak jadi air laut sebab luas n boleh pergi mana-mana dan boleh singgah dimana tanpa ada orang yang menggangu kecuali sisa buangan daripada manusia sendiri
*lepas tu saya tengok laut tu luas n boleh mewakili segala masalah saya, dekat sini masalah dengan family, dekat sini masalah saya dengan kawan, dekat sini masalah saya dengan masa depan, dekat sini masalah saya dengan kekasih n macam-macam lagilah..
PERJALANAN PULANG
sebelum pulang kami semua singgah makan di kg peramu makan ikan bakar. sedaplah. gembira bercampur sedih. saya seronok sangat sebab nak balik KL.rasanya macam dah tak nak jejak lagi kat pahang ni. mungkin ini kali terakhir saya akan pergi kesana. so dalam perjalanan pulang, macam biasa efy tido dengan lenanya. saya pula menitiskan air mata. air mata ni macam tak ada pit stop lak asyik tumpah je... nak lelap mata pun air mata keluar bukak mata pun air mata keluar... ishh... parah-parah ni. mungkin sebab saya tengok jalan raya kot. tulah benda yang akan buat saya sentiasa berfikir sama juga seperti laut. saya tahan jugaklah takut daz, efy n en jack dengar n nampak. so terpaksalah tutup mulut. then terus tertido sampai KL.

No comments:

Post a Comment