Aug 27, 2009

second OUTSTATION!!!!

kali ni saya tak buat jurnal yek coz second outstation ni macam malas sikit nak pergi so saya ceritakan sikitlah yek....
17/8/09 - 22/8/09
kali ni yang pergi outstation saya, efy fiaty kamal, dazrin dan crew baru di HNJ PICTURES iaitu taufik a.k.a topek... masa mula-mula dapat tahu yang topek follow kami gi outstation saya dan efy rasa takut jugaklah sebab dia baru. tapi kami just yakin yang topek boleh buat. so kami pun gerak dari KL dalam tengah hari macam tulah n sampai je terus cari sekolah. sekolah yang kami pergi ialah SMK Ulu Kinta, SMK Tambun, SMK Anderson, SMK Raja Perempuan dan SK Rapat setia yang akhirnya cancel gara-gara virus H1N1. then dah cari semua kami terus check in di sun inn hotel. dekat tambun ni tempat dia ala-ala macam sunway lah.
lepas tu macam biasa shooting esoknya, saya dengan daz n efy dengan topek. alhamdullilah segalanya berjalan lancar. shooting tak ada masalah. cikgu-cikgu bagi kerjasama dengan baik. tapi kali ni yang banyak bagi masalah dekat kami ialah dengan guru besarnya. AAIYOOO!!!! banyak cerewet lor.. ada yang dah tua n ada yang dah tua tapi tak kahwin lagi. that why emo semacamkan anak dara tua lah katakan. oppsss... sorrylah kepada cikgu tu yek... n the best part is saya bawak balik kawan-kawan saya ke kempung saya. hopefully korang gembira di kampung saya yek. maklumlah nama pun kampung. n itulah tempat saya bermain dan menghabiskan masa bersama seluruh keluarga dan arwah opah saya.
2 hari berlalu dikawasan tambun dan kami tukar hotel duk kat hotel Lucky. memang lucky coz bilik dia besar jugaklah. so banyak habiskan masa dalam bilik je... sakit hati pergi ipoh ni, satu coz signboard dia macam merapu sikit. lepas tu jalan semua sehala. kami banyak kali sesat. dah berkali ulang alik pun masih sesat lagi. hai tension... bukan je daz,efy n topek yang tension. saya ni ha... yang orang perak ni pun amat berdukacita dengan negeri sendiri. kepada MENTERI BESAR PERAK ZAMBRI tolonglah mengambil sedikit inisiatif kepada pelancong-pelancong yang ingin melawat ke negeri anda.
kami mengalami masalah pada hari khamis kerana sekolah di SK Rapat Setia tak ada murid coz gara-gara virus H1N1. so murid-murid kat sekolah tu sikit je. n kami pun tak nak amik risiko shooting kat sekolah tu. so hari khamis tu paling membosankan sampai dah tak ada life kami di ipoh asyik-asyik sesat. makan pun banyak fastfood coz saya sendiri tak tahu mana nak bawak makan kat mana. so saya amat berdukacita dan meminta maaf kepada cik efy fiaty kamal, en dazrin abdul malek dan en taufik abdullah kerana tidak dapat membawa anda berjalan-jalan di sekitar ipoh...
habis je shooting hari jumaat tu, apa lagi kami terus ke penang untuk membuat kejutan kepada reezal coz besoknya hari jadi dia. tapi macam biasalah nak buat surprise kat reezal mesti tak jadikan coz dia sentiasa lambat itulah trademark reezal tak pernah punctual. sampai je penang kami tunggu reezal dekat sejam setengah gaklah dekat queensbay. oooo!!! tak nak sakit punggungku... macam biasa saya kalau dah sampai dekat queensbay ni kena tahanlah sikit perasaankan sebab tengok laut.. sakit mata tahan air mata nanti kang tak pasal daz dengan topek pelikkan. untuk efy tu tak apa dia memang dah tahu dah kan. BETUL TAK EFY FIATY KAMAL. sampai je reezal kami terus check in dekat anggerik lodging. hebat kot ni lagi sekali pengalaman saya tinggal di hotel one way dengan efy. so terima jelah asalkan leh tido k. kami semua pi kena nasi kandar n again n again saya borong CD korean dekat night market. oklah tu... akhirnya saya dapat makan nasi kandar beratur (beratuq). tengah daz n topek beratuq saya terpandang sorang mamat ni comel siut ala-ala cina n ala-ala lembut tapi macam budak kecik sikitlah. wow!!! dia tak nak rapat lak kan dengan adik dia. oklah tu.. ceh... sempat lagi cuci mata lor... dah kenyang kami smeua pun balik semula ke hotel n pukul 4 kami bangun n gie makan nasi kandar untuk sahur. 2 kedai kami pergi dua-dua kedai tutup yek. thanks to you syed azreezal. so kami pun just sahur dekat restoran ni apa tah nama dia dah lupa (mustaffa kot) hehehe.... sowie... dah sahur balik tido.
esoknya kami ready untuk pulang ke KL. before that kami hantar efy balik rumah dia coz dia tinggal. lepas tu terus shot balik KL. happy sangat coz dapat buka puasa dengan baba saya, mama saya n adik saya... kalau tak inilah kali pertama saya tak sahur n buka puasa dengan dorang... mesti saya sedih... sob...sob...
so ni jelah cerita saya semasa saya pergi outstation di perak.... cukuplah tu yek... so the next outstation coming soon or saya dah tak nak pergi lor.. sangat-sangat penat...
BABAI!!!!!!

No comments:

Post a Comment