Jun 9, 2009

1 OGOS 1987

Tanggal 1 Ogos 1987 aku telah dilahirkan di Hospital Besar Bukit Beruang Melaka. Ketika itu aku lahir ke dunia dengan tangisan yang tidak henti-henti sehingga membuatkan mama dan baba ku risau. Mungkin daripada situ aku merasakan mungkin apabila dewasa nanti aku bakal menyusahkan mereka. Sedangkan sebelum kelahiranku perkahwinan mama dan babaku ditentang oleh sebelah pihak daripada pihak baba ku. Walaubagaimanapun mama dan baba ku masih tetap meneruskan ikatan perkahwinan mereka dengan majlis yang tidak sempurna. aku tahu sebagai seorang perempuan majlis perkahwinan adalah satu majlis yang amat bermakna. kerana dengan majlis inilah tandanya yang seorang perempuan itu telah dewasa dan harus pandai menjaga ikatan perkahwinan supaya tidak putus di tengah jalan. Aku berharap kelahiran aku akan mengubah segalanya. Alhamdullilah..... Akhirnya kehidupan kami sekerluarga senang. Dengan kerajinan baba dan kesabaran mamaku mereka telah berjaya membesarkan aku tanpa menyusahkan orang lain. semuanya adalah kerana 'BERDIKARI'

No comments:

Post a Comment