Jan 25, 2011

pulang sudah ba....

finally saya ambil keputusan untuk pergi ke negeri dibawah bayu
borneo iaitu sabah. actually ni last minute punya plan untuk pergi
yes, memang tiket dah beli lama
cuma tiba-tiba saya tak nak pergi and tak dapat cuti
because baru start keje but then ada
perkara-perkara yang buat saya sakit hati
and tanpa berfikir panjang apa lagi terus pergi....
my first plan untuk backpakers but then tak jadi.
so saya pergi sebagai pelancong.
dengan kelam kabutnya amik je baju
and adik saya yang tolong kemaskan..
jom saya story jouney saya dekat sabah....



FIRST DAY

sampai malam and tengok SABAH dikelilingi dengan laut
OMG, dari dalam kapal terbang saya dah macam tak boleh duduk diam
al maklumlah saya suke dengan laut and benda yang luas
bila ampai, saya di jemput oleh abang and kak ipar ipah..
then terus bawa gie makan
wow.. makanan kat sana superb fabolus
then tempat makan dia betul2 tepi pantai..
so bila hari pertama dah seronok n saya dapat rasakan hari-hari berikutnya
akan lebih seronok,
bila dah kenyang, time untuk tido
saya stay dekat rumah abg ipah
kg serusup..
walaupun saya tak biasa tapi saya cuba untuk biasakan..
apa pun orang sabah sangat peramah..




SECOND DAY

bangun pagi, gosok gigi.. hahhahaaha ( dengan senang hati )
journey bermula.. pergi ke Tip Of Borneo simpang mengayau
perghh.. bila sampai saya dalam kereta dah menjerit-jerit ok..
pantai and air laut dia sangat jernih kebiruan
tapi kecewa sikit sebab tak dapat mandi dekat situ
saya dapat celup kaki je
apa lagi saya dengan ipah mulakan dengan senyuman yang lebar
snap pic.. satu tempat tapi pic nye dah berpuluh-puluh..
dekat 2 jam jugaklah kami dekat situ..
then terus pergi ke destinasi kedua iaitu kundasang
jalan nak pergi situ sangatlah bahaya sebab berlekok-lekok
hujan pun agak lebat dan kawasannya agak sejuk yek.
walau macam mana perasaan saya sangat seronok.
apa yang best malam tu saya stay dekat The Pines Resort
sponsor by abang ipah...
finally impian jadi kenyataan untuk stay dekat The Pines
sebuah resort yang pemandangannya menghadap gunung kinabalu
seronok sehingga no words..
malam tu tak pernah saya dah makan nasi and lepas tu
makan steamboat.. kenyang seh...
diet saya hilang yek bila tiba di sabah..
dah kenyang apa lagi tidolah
zzzzzZZZZZZzzzz....




THIRD DAY
destinasi seterusnya saya pergi ke Poring Hot Spring
dekat dalam Poring Hot Spring ada macam-macam
salah satu yang saya pergi ialah mandi air panas and canopy walk
dekat canopy walk ini terletaknya jambatan gantung yang sangat tinggi
saya ni memang suke mencuba walaupun ada perasaan takuttapi mesti try, sebab kalau tak cuba kita sendiri jugak yang rugikan
tak ada apa persediaan, abang ipah our leader terus bawak naik
saya ni pun naiklah
tak takut sangat pun macam biasa je.. tak puas lagi ada..
macam biasalah saya dengan ipah memang suke tangkap gambar
so atas jambatan tu pun boleh tangkap gambar lagi
and abang ipah pun boleh merangkap sebagai photographer
hahhahahaa.... thanks abg di
dah berpeluh-peluh terus mandi dekat dia punya water park
ok.. di KL waterpark sampai berpuluh-puluh ringgt
dekat sabah hanya 3 rggt sahaja.. ok..
bila dah puas mandi saya, ipah and family abg Di,
terus pergi ke Kinabalu Park, dimana dekat sinilah
terletaknya pintu masuk untuk sampai ke Gunung Kinabalu
ni pun agak frust jugak sebab tak dapat pergi hiking ke Gunung KInabalu
(plan seterusnya saya nak pergi sabah hanya untuk mendaki Gunung KInabalu)
walaupun keadaan hujan, gambar still ambik ok..
lepas tu kami semua pergi makan
dekat food court nama dia saya lupe nak tulis tapi dia dekat dengan
area Pasar Tamu.. makanan still lagi superb.. bila dah kenyang
balik ke rumah abang die
rehat sekejap then petang terus pergi mandi laut
di Tanjung Likas
saya suke dengan laut.. tapi saya tak suke mandi laut
dengan pemandangan laut, angin yang begitu dingin
permandangan yang begitu luas, saya amik peluang
ni untuk tulis diary.. tak nak banyak pulak benda yang saya nak story
dalam diary saya.. dah habis bermandi manda
malam tu saya, ipah and family abang Di pergi makan seafood
dekat Salut.. saya dapat tengok ketam,lala, and macam-macam ikan
yang masih hidup lagi.. the best part is saya makan macam-macam
memang diet saya hilang untuk 5 hari.. makan ni pun sponsor by abang ipah...
dah kenyang apa lagi balik lah yek..
sesuatu berlaku (jeng..jeng..jeng..)
sampai je rumah abang Di, banjir ok
seumur hidup saya, saya tak pernah mengalami masalah banjir
so this is my first experience k..
masa pergi sabah ni banyak pengalaman baru yang saya dapat




FOURTH DAY
pagi-pagi lagi saya, ipah, abg di and kak zaimas pergi ke Pasar Tamu
ok dekat Pasar Tamu ni, ada macam-macam k
daripada makanan basah, makanan kering and makanan yang hidup
semua ada.. saya actually sangat excited bila tengok barang-barang dekat
Pasar Tamu ni.. kat sini gak boleh tengok,
nelayan yang baru je tangkap ikan, terus jual dah habis balik
so ikan ke, ketam ke, udang ke semuanya fresh ok
terbaik dari ladang wok..
lepas tu dekat Pasar Tamu ni makanan dia best k
walaupun dia ada nasi lemak, apam balik ke
tapi panggilan and rupa dia lain ok..
the important thing is taste dia still superb..
dah habis memborong di Pasar Tamu..
kami pun pulang ke rumah untuk makan tengah hari yang di sediakan oleh kak zaimas
lepas makan, siap-siap untuk ke Lok Kawi Wild Life Park
ok kat sini macam zoo negara, tapi besar sangat ok..
and kalau dekat kl untuk animal show dia ada jarak sikit
but then dekat Lok Kawi Wild Life Park ni
animal show sangat live.. rasa macam dekat dalam hutan pulak..
orang utan, burung kakak tua, musang and ular semuanya live.
hari keempat kondisi ipah agak tak berapa baik
miss ipah kita sakit perut plus muntah-muntah
mungkin terlebih makan kot
(miss ipah lain kali makan ikut hawa dingin jgn ikut hawa nafsu)
hahhahahahaha (gelak jahat untuk ipah)
malam tu saya, ipah, abg Di n kak zaimas makan dekat
kedai masa first day saya sampai
saya makan sayap ayam (maknanya chicken wing)
then balik berehat.. malam tu memang tido awal



FIFTH DAY
sudah mahu pulang ba.. pagi bangun sarapan
then keluar untuk menimba ilmu pulak
hari-hari terakhir di sabah saya dibawa untuk berjalan-jalan
ditempat-tempat yang boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan
saya pergi ke Petronas Gas, TLDM, kilang-kilang, Kampus Intan
Politeknik, kawasan perindustrian di sabah, Karambunai, Nexus Hotel
and macam-macam lagilah.. seronok seh..
dalam tengah hari tu, saya prepare untuk pulang ke Kuala Lumpur
sedih pulak rasanya.. macam nak pindah Sabah je..
so petang tu berangkat lah saya.. setelah 5 hari tanpa gangguan
daripada orang-orang yang tak sepatutnya..
hp saya kembali on..
sampai di airport saya dijemput oleh my todd
thanks.. then drop ipah di bangsar..
then saya pun pulang ke rumah n tido dengan lena



gambar tidak akan di upload
tunggu video sabah saya siap ok..
thanks kepada abg Di, kak zaimas
and semua orang sabah yang layan
saya dengan sangat baik
thank u so much

Jan 11, 2011

11.1.11

11.1.11 cantik kan nombor ni.. walaupun saya tak suka no satu tapi no ni sangat cantik dimata saya. nak buat macam mana no yang saya suka dah lepas.. 8.8.8... tapi xpe saya tunggu tarikh ni pulak.. 18.8.18... ok gak kan no ni walaupun no depan dia ada satu.. but for me this number is very special.. kenapa yek.. (jeng..jeng..jeng..)



untuk post kali ini saya nak cerita pasal

18.8.18


ada apa dengan 18.8.18




  • saya nak sangat bila tarikh ni saya dah dapat kereta yang saya idamkan.. kalau sesiapa yang membaca post saya yang sebelum-sebelum ni dorang tahu apa kereta idaman saya, n apa yang penting plat number kereta saya haruslah ARA 1887.. so sekarang dalam proses membuat tempahan no plat walaupun dekat perak plat no dia, kalau tak silap saya baru AG atau AH.. so nak tunggu sampai AR memang berjanggut.. saya tetap akan tunggu.. ok.. (tinggi tak cita-cita saya)



  • bila kita dah ada kereta for sure nak rumah pulakkan.. so kalau ada rezeki saya dah ada rumah sendiri.. al maklumlah time ni saya dah kena duduk sendiri. sebab time ni baba n mama saya sudah pulang ke hometown mereka iaitu perak.. my mom n my dad dah plan untuk buat rumah disana and buka perniagaan sendiri.. so saya pun dah kena duduk sendiri.. and for sure saya dan adik saya duduk sekali. apa yang penting rumah yang tinggi menjadi pilihan saya..



  • and dalam pada itu jugak, time ni saya harap saya ada segulung ijazah yek daripada ipta or ipts yang tak akan kena sita lagi.. (hahahhahaha.. benci sama botak) malas nak cerita pasal kolej saya punya management. sangat sakit hati yek bila ingat balik.. walau macam mana pun, kawan-kawan saya di kolej sangat cool and awsome.. rindu sama mereka..



  • hopefully i already married time ni.. hahhahahaha.. poyo gile permintaan.. tapi mesti semua perempuan nak kahwin kan .. kalau ada 100 tu mesti ada berapa kerat je yang tak nak kahwin salah satu sebabnya ada yang dilanda fobia sebab dah banyak kali dikecewakan ataupun masalah-masalah yang melanda dirinya sendiri.. masa muda-muda dulu, saya pernah cakap kat diri saya yang saya tak nak kahwin, sebab apa, sebabnya saya tengok ramai kawan-kawan saya yang ikatan parent mereka tak tahan lama. bila fikir balik nak buat macam manakan jodoh, pertemuan semuannya di tangan yang maha esa ALLAH s.w.t... ada lagi satu lagi yang buat saya takut ialah bila kaum-kaum adam ni tak cukup dengan seorang kaum hawa. inilah perkara yang paling saya takut, sebab saya tak suke berkongsi.. kaum-kaum adam sekarang ni banyak gunakan alasan yang salah bila nak kahwin lain. lepas tu mulalah masuk bab-bab agama.. memang pandai.. mana yang caranya betul. baguslah... tapi kalau mana yang tak betul tu memanglah menambahkan kes di mahkamah syariah, balai polis dan hospital.. but then bila saya dah besar ni.. fikiran pun dah lain n lagi satu saya banyak membaca, dengar dan menonton yang perkahwinan ini adalah perkara yang diharuskan dalam islam. so sekarang ni saya hanya berserah.. kalau ada jodoh, adalah.. kalau tak ada mungkin sampai tarikh ni saya belum kawhin and mungkin jadi seorang wanita yang berkerjaya kot.. hahhahahahha... amin..



  • time ni jugak... saya harap saya dah jadi lebih matang dari segi perwatakan, rupa paras and pemikiran.. sebab time peringkat umur 20- an ni kadang-kadang pemikiran kita belum stabil.. bagi saya untuk peringkat umur 20-an, semuanya ada sikap curiosity, semua nak cuba... betul tak.. tu pun ada sesetengahlah yang mana rasa diri mereka hanya nak bersuka ria. saya rasa bersyukur sangat bila time umur saya 24 ni, saya dah boleh berdikari, saya dah pandai cari duit sendiri n rasanya apa yang saya nak saya usaha sendiri ok.. walaupun orang ramai cakap saya macam budak kecil.. (tak suke tau)



  • saya jugak harap time ni saya punya kewangan dah stabil. susah sangat kalau kewangan tak mencukupi.. saya tak suka bila orang yang saya sayang minta sesuatu tapi saya tak dapat bagi.. saya rasa sangat sedih dan terkilan. kadang-kadang saya fikir kesiannya kenapa saya tak dapat bagi.. especially bila family saya minta.. memang saya rasa bersalah sangat-sangat... so mulai dari sekarang saya akan menyimpan.. lagipun saya punya permintaan lebih daripada pendapatan.. hahhahaha.. so kena berusaha sebab saya ni suke berjalan n suke melancong.. kalau boleh saya nak around the world..



  • time ni jugak, saya harap sangat saya dapat jumpe semua kawan-kawan saya dari tadika abim, tadika fatima, sekolah rendah yakob latif, sekolah rendah perempuan dato abu bakar, sekolah rendah taman seri gombak, sekolah menengah hillcrest and apa yang penting student di malaysia insttitut of integratif media.. bila jumpe mesti bestkan sebab semua dah lain, mungkin kalau jumpa pun ada yang dah kahwin and ada yang dah ada anak.. wah seronoknya..



  • saya jugak harap saya dapat jumpe balik dengan 3 jejaka yang buat saya merana dan memainkan perasaan saya.. jumpe bukan untuk berbaik tapi saya nak tengok macam mana kehidupan diaorang sekarang. buat masa sekarang 3 orang tapi kalau tiba-tiba sepanjang tempoh ni jodoh saya tak panjang.. dia akan jadi jejaka yang keempat.. mungkin silap saya sebab saya lambat sikit nak jatuh cinta dengan orang.. saya terima orang tu tapi hati saya dekat orang lain. teruk tak.. tapi bila saya dah suke dorang pulak buat hal n bagi alasan yang tak munasabah langsung.. ( mungkin masa dulu saya tak boleh lupakan si dia kot, walaupun tak ada apa.. tapi bak kata orang first love tak boleh hilang dalam ingatan) tapi even saya dengan orang lain pun, saya tetap layan dorang baik, and selalu jaga hati dorang.. tapi kenapa relationship saya tak lama.. apa pun saya redha.. so saya harap saya nak jumpe dengan dorang, and time tu keadaan saya ok, first class and tip top.. saya nak tengok macam mana keadaan dorang and apa perasaan bila jumpe dengan saya.. (bukan berdendam yek, bukan nak berkawan tetapi hanya nak berjumpa balik) sorrylah saya tak suke bila dah putus jadi kawan.. sebab saya ni agak kuat untuk mengingati apa saja yang saya lakukan walaupun dah bertahun-tahun.. saya akan ingat kenangan manis or kenangan pahit setiap apa yang berlaku dekat saya, walaupun dah bertahun-tahun ok..