Jan 11, 2011

11.1.11

11.1.11 cantik kan nombor ni.. walaupun saya tak suka no satu tapi no ni sangat cantik dimata saya. nak buat macam mana no yang saya suka dah lepas.. 8.8.8... tapi xpe saya tunggu tarikh ni pulak.. 18.8.18... ok gak kan no ni walaupun no depan dia ada satu.. but for me this number is very special.. kenapa yek.. (jeng..jeng..jeng..)



untuk post kali ini saya nak cerita pasal

18.8.18


ada apa dengan 18.8.18




  • saya nak sangat bila tarikh ni saya dah dapat kereta yang saya idamkan.. kalau sesiapa yang membaca post saya yang sebelum-sebelum ni dorang tahu apa kereta idaman saya, n apa yang penting plat number kereta saya haruslah ARA 1887.. so sekarang dalam proses membuat tempahan no plat walaupun dekat perak plat no dia, kalau tak silap saya baru AG atau AH.. so nak tunggu sampai AR memang berjanggut.. saya tetap akan tunggu.. ok.. (tinggi tak cita-cita saya)



  • bila kita dah ada kereta for sure nak rumah pulakkan.. so kalau ada rezeki saya dah ada rumah sendiri.. al maklumlah time ni saya dah kena duduk sendiri. sebab time ni baba n mama saya sudah pulang ke hometown mereka iaitu perak.. my mom n my dad dah plan untuk buat rumah disana and buka perniagaan sendiri.. so saya pun dah kena duduk sendiri.. and for sure saya dan adik saya duduk sekali. apa yang penting rumah yang tinggi menjadi pilihan saya..



  • and dalam pada itu jugak, time ni saya harap saya ada segulung ijazah yek daripada ipta or ipts yang tak akan kena sita lagi.. (hahahhahaha.. benci sama botak) malas nak cerita pasal kolej saya punya management. sangat sakit hati yek bila ingat balik.. walau macam mana pun, kawan-kawan saya di kolej sangat cool and awsome.. rindu sama mereka..



  • hopefully i already married time ni.. hahhahahaha.. poyo gile permintaan.. tapi mesti semua perempuan nak kahwin kan .. kalau ada 100 tu mesti ada berapa kerat je yang tak nak kahwin salah satu sebabnya ada yang dilanda fobia sebab dah banyak kali dikecewakan ataupun masalah-masalah yang melanda dirinya sendiri.. masa muda-muda dulu, saya pernah cakap kat diri saya yang saya tak nak kahwin, sebab apa, sebabnya saya tengok ramai kawan-kawan saya yang ikatan parent mereka tak tahan lama. bila fikir balik nak buat macam manakan jodoh, pertemuan semuannya di tangan yang maha esa ALLAH s.w.t... ada lagi satu lagi yang buat saya takut ialah bila kaum-kaum adam ni tak cukup dengan seorang kaum hawa. inilah perkara yang paling saya takut, sebab saya tak suke berkongsi.. kaum-kaum adam sekarang ni banyak gunakan alasan yang salah bila nak kahwin lain. lepas tu mulalah masuk bab-bab agama.. memang pandai.. mana yang caranya betul. baguslah... tapi kalau mana yang tak betul tu memanglah menambahkan kes di mahkamah syariah, balai polis dan hospital.. but then bila saya dah besar ni.. fikiran pun dah lain n lagi satu saya banyak membaca, dengar dan menonton yang perkahwinan ini adalah perkara yang diharuskan dalam islam. so sekarang ni saya hanya berserah.. kalau ada jodoh, adalah.. kalau tak ada mungkin sampai tarikh ni saya belum kawhin and mungkin jadi seorang wanita yang berkerjaya kot.. hahhahahahha... amin..



  • time ni jugak... saya harap saya dah jadi lebih matang dari segi perwatakan, rupa paras and pemikiran.. sebab time peringkat umur 20- an ni kadang-kadang pemikiran kita belum stabil.. bagi saya untuk peringkat umur 20-an, semuanya ada sikap curiosity, semua nak cuba... betul tak.. tu pun ada sesetengahlah yang mana rasa diri mereka hanya nak bersuka ria. saya rasa bersyukur sangat bila time umur saya 24 ni, saya dah boleh berdikari, saya dah pandai cari duit sendiri n rasanya apa yang saya nak saya usaha sendiri ok.. walaupun orang ramai cakap saya macam budak kecil.. (tak suke tau)



  • saya jugak harap time ni saya punya kewangan dah stabil. susah sangat kalau kewangan tak mencukupi.. saya tak suka bila orang yang saya sayang minta sesuatu tapi saya tak dapat bagi.. saya rasa sangat sedih dan terkilan. kadang-kadang saya fikir kesiannya kenapa saya tak dapat bagi.. especially bila family saya minta.. memang saya rasa bersalah sangat-sangat... so mulai dari sekarang saya akan menyimpan.. lagipun saya punya permintaan lebih daripada pendapatan.. hahhahaha.. so kena berusaha sebab saya ni suke berjalan n suke melancong.. kalau boleh saya nak around the world..



  • time ni jugak, saya harap sangat saya dapat jumpe semua kawan-kawan saya dari tadika abim, tadika fatima, sekolah rendah yakob latif, sekolah rendah perempuan dato abu bakar, sekolah rendah taman seri gombak, sekolah menengah hillcrest and apa yang penting student di malaysia insttitut of integratif media.. bila jumpe mesti bestkan sebab semua dah lain, mungkin kalau jumpa pun ada yang dah kahwin and ada yang dah ada anak.. wah seronoknya..



  • saya jugak harap saya dapat jumpe balik dengan 3 jejaka yang buat saya merana dan memainkan perasaan saya.. jumpe bukan untuk berbaik tapi saya nak tengok macam mana kehidupan diaorang sekarang. buat masa sekarang 3 orang tapi kalau tiba-tiba sepanjang tempoh ni jodoh saya tak panjang.. dia akan jadi jejaka yang keempat.. mungkin silap saya sebab saya lambat sikit nak jatuh cinta dengan orang.. saya terima orang tu tapi hati saya dekat orang lain. teruk tak.. tapi bila saya dah suke dorang pulak buat hal n bagi alasan yang tak munasabah langsung.. ( mungkin masa dulu saya tak boleh lupakan si dia kot, walaupun tak ada apa.. tapi bak kata orang first love tak boleh hilang dalam ingatan) tapi even saya dengan orang lain pun, saya tetap layan dorang baik, and selalu jaga hati dorang.. tapi kenapa relationship saya tak lama.. apa pun saya redha.. so saya harap saya nak jumpe dengan dorang, and time tu keadaan saya ok, first class and tip top.. saya nak tengok macam mana keadaan dorang and apa perasaan bila jumpe dengan saya.. (bukan berdendam yek, bukan nak berkawan tetapi hanya nak berjumpa balik) sorrylah saya tak suke bila dah putus jadi kawan.. sebab saya ni agak kuat untuk mengingati apa saja yang saya lakukan walaupun dah bertahun-tahun.. saya akan ingat kenangan manis or kenangan pahit setiap apa yang berlaku dekat saya, walaupun dah bertahun-tahun ok..


No comments:

Post a Comment