May 23, 2010

i'm just normal person...

kat dunia ni semuanya adalah manusia biasa..
kalau ada yang lain daripada lain
maknanya dia adalah istimewa
sebabnya mungkin dia dah terpilih untuk menjadi
seorang yang ISTIMEWA...

SAYA
hanya manusia biasa yang ada melakukan kesilapan
dan ada juga melakukan kebaikan
SAYA
bukanlah manusia yang mempunyai kelebihan untuk
membaca akal fikiran orang lain
ataupun dapat tahu apa yang bakal berlaku pada masa hadapan
SAYA hanyalah SAYA
manusia biasa, seorang kaum hawa telah dilahirkan dibumi ini
dan diberi nama
NOR FARAHANA RIDZUAN
SAYA
seorang yang sangat sensitif dan amat teliti
dengan perkara yang menyentuh perasaan
SAYA
sentiasa mengimpikan kebahagiaan diri sendiri
dan orang lain, tapi kadang-kadang
saya agak terlampau menjaga hati dan perasaan orang lain
supaya saya lihat orang lain mencapai kebahagiaan daripada kesusahan
SAYA
penat melakukan perkara seperti itu, tapi SAYA rasa bahagia
mungkin kerana di dalam kesusahan saya
SAYA dah buat orang lain bahagia
SAYA
sentiasa mengimpikan ada seseorang yang
menghargai dan memahami saya
mungkin orang itu belum muncul ataupun orang itu
sememangya tak wujud
SAYA tetap bahagia dengan diri SAYA
SAYA
kadang-kadang tak faham dengan diri saya
mungkin sebab itu juga orang lain sukar untuk
memahami diri saya
tapi ada setengah orang dia dapat memahami diri
orang lain sebab mereka melihat dan menilai
jadi diri kita sendiri hanya mendengar dan memperbaiki
kesilapan supaya menjadi yang lebih bagus.
SAYA
sentiasa berdoa supaya saya diberi kekuatan untuk
menempuhi dugaan dan cabaran yang bakal saya lalui
di dunia ini.
inilah diri SAYA
disebalik kegembiraan ada tangisannya yang hanya
di lihat dan dikongsi bersama dengan benda-benda
yang tidak diberi keistimewaan untuk hidup seperti manusia...
SAYA......

No comments:

Post a Comment