Sep 28, 2009

START workinGGG

28/09/09

hari ni saya dah start keje, lepas 6 hari beraya dikampung... syok sangat... tapi penat sikit sebab anak dara syik duk dapur je tolong emak-emak buat kerja yek. tapi walau macam mana pun saya happy sangat raya tahun ni. so mai lah dengar cite saya beraya tahun ni :-


JUMAAT


saya bertolak dari kuala lumpur petang dalam kul 6.00 macam tu. mak ai jam gile dekat tol jalan duta. supposed saya nak balik semalamnya tapi tak jadi, then plan balik nak balik esok pagi, lepas tu tak jadi so baliklah malam. sekali apa jadilah... jam. so kami sekerluarga berbuka puasa dalam kete sampailah jumpa kedai makan kat simpang pulai. lepas tu teruskan perjalanan balik kampung... YAY!!!


SABTU


biasalah kalau part masak-masak ni mesti emak-emak n anak-anak dara turun dapur nak masa untuk raya. n menu wajib kitaorang kat kampung ialah nasi impit, kuah kacang,lemang, rendang tok, n laksa. semua ni kena buat yek... sebab diminati ramai oleh seluruh keluarga datuk sam. dah settle semua, borak-boraklah tak tido malam tu...


AHAD


raya pertama,,, ha!!!! takbir berkumandang, sedap rasanya dengar... keluarga saya ada yang pergi sembahyang raya n ada yang tak pergi sembahyang raya. so yang tak pergi tu, kena duduk rumah sediakan makanan untuk dijamu bersama-sama dengan seluruh keluarga. lepas tu macam biasalah sesi bermaaf-maafan. malam tu juga 6 buah kereta bergerak, kami pulak pergi beraya rumah orang.. hehehe!!!! sebab dah penat melayan tetamu dirumah.


ISNIN


raya kedua ni, penat gak lah sebab ramai datang rumah... tapi saya larikan diri naik keatas... n tdo... hehehe... dah tu petang-petang sikit kami semua berjalan lagi pergi raya dua buah rumah gak. yang emak-emak ni sukelah sebab dapat jumpa kawan-kawan lama dorang. so yang anak-anak dara ni duduk diam-diam je lor.


SELASA

raya ketiga masih lagi dalam keadaan seronok tapi yang bestnya kami makan lasak sampai berap kilo ntah... 9 kilo rasanya.. hebat tak.. sebab dalam keluarga tok sam ni semuanya hantu dengan laksa. sedapnya... lepas tu dah kenyang kami pergi berjalan-jalan di Ipoh... lepas tu yang lelaki main bunga api.. dorang tak nak pasang bunga api yang macam dekat KLCC tu...


RABU

raya keempat.sebelum pulang ke kuala lumpur. kami berkelah ditepi tebing.. makan tengahari menu dia gulai tempoyak terubok, ikan bakar n lala masak asam. wow!!! sedapnya lepas tu kena angin sungai lak tu... snagat seronok lor... dalam pukul 4 macam tu saya dan keluarga wan cho pulang ke KL. biasalah bila satu keluarga n satu keluarga balik mak nyah mesti sedihkan. biasa je tu.. saya sampai KL dalam pukul 10 lebih.. jalan jam lepas tu hujan. so kereta banyak jalan slow-slow... tapi apa yang penting alhamdullilah selamat sampai.



itulah cerita saya semasa balik beraya dikampung... kalau nak gambarkan tontonlah video yang saya buat yang tak seberapa ni hehehe....



selamat menonton :)

No comments:

Post a Comment